Jabatan Ukur

51 Kekosongan Jawatan di Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM): Mohon Sekarang

Pada ketika ini, Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)

PENOLONG JURUUKUR GRED JA5

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Kekosongan : 51

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
    • Sijil Ukur Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
    • Diploma Ukur Tanah atau Diploma dalam bidang Geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab melaksanakan dan kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan dan penyediaan infrastruktur;
  • Memproses dan menyemak maklumat pengukuran, data geospatial dan data extraction adalah lengkap bagi keperluan penerbitan peta;
  • Menjalankan kerja ukuran pelbagai, ukuran pemetaan utiliti, melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap dan memproses ukuran kadaster yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah;
  • Menyemak proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan peta serta menyimpan semua maklumat di dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9). Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 26 FEBRUARI 2025 (RABU) SEBELUM JAM 11.59 MALAM.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Visi JUPEM adalah menjadikan JUPEM terbilang dalam Perkhidmatan dan Pengurusan Ukur, Pemetaan dan Geospatial bagi memenuhi wawasan Negara. Misinya pula adalah menyediakan Perkhidmatan dan Pengurusan Ukur, Pemetaan dan Geospatial yang berkualiti melalui sistem terbaik, sumber manusia yang kompeten dan persekitaran kerja yang kondusif.

Objektif JUPEM adalah seperti senarai berikut:

  • Memastikan produk dan perkhidmatan ukur kadaster, pemetaan dan geodetik menepati sistem kualiti serta memenuhi keperluan pelanggan;
  • Memastikan pewujudan dan penyelenggaraan Pangkalan Data Ukur Kadaster dan Pemetaan yang kemaskini dan berkualiti bagi memenuhi keperluan infrastruktur data geospatial negara;
  • Menjadikan JUPEM pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang ukur kadaster, pemetaan, geodetik, pemetaan utiliti bawah tanah dan maklumat geospatial;
  • Memastikan penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan negeri dan antarabangsa memenuhi keperluan pentadbiran negeri serta menjamin kedaulatan negara;
  • Memastikan perkhidmatan geospatial pertahanan yang berkualiti dan bersepadu dalam mendokong infrastruktur pertahanan dan keselamatan Negara.

 

Fungsi JUPEM seperti berikut:

  • Menasihati kerajaan dalam bidang ukur kadaster, pemetaan dan geospatial serta persempadanan negeri dan antarabangsa;
  • Menyediakan maklumat ukur kadaster secara lengkap dan kekal untuk tujuan pengeluaran hakmilik tanah, strata dan stratum;
  • Menguruskan pangkalan data ukur kadaster dan pemetaan dengan efisien;
  • Menerbitkan peta-peta topografi, kadaster, tematik dan utiliti bawah tanah untuk tujuan perancangan, pengurusan sumber asli, pemuliharaan alam sekitar, pembangunan, pemantauan dan keselamatan;
  • Menyediakan insfrastruktur geodetik bagi ukuran kadaster, pemetaan, kejuruteraan dan kajian saintifik;
  • Menyediakan khidmat geospatial pertahanan secara menyeluruh dan bersepadu untuk tujuan pertahanan dan keselamatan;
  • Menerbitkan produk falak dan astronomi termasuk jadual-jadual arah kiblat, waktu solat, data rukyah hilal, takwim hijriah dan maklumat gerhana serta almanak falak syarie.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM500 Dibayar Minggu Depan: Semak Senarai Penuh Penerima

Bantuan Tunai RM500 Dibayar Minggu Depan: Semak Senarai Penuh Penerima

Penjawat awam memainkan peranan penting dalam menggerakkan jentera pentadbiran negara. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan pekerjaan, termasuk guru, anggota keselamatan,…
Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2025

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2025

Pada ketika ini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Cara Menggunakan SARA RM100 - RM200 yang Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan

Cara Menggunakan SARA RM100 - RM200 yang Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan

Dalam kehidupan seharian, keperluan asas memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan setiap individu. Keperluan asas merujuk kepada perkara utama yang…