Pada ketika ini, GIATMARA Sendirian Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong GIATMARA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur kurang dari 60 tahun ketika memohon;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh IPTA tempatan / luar Negara. Ijazah dalam bidang
- Pengurusan Perniagaan / Kewangan / Pemasaran / Perakaunan / Kejuruteraan diutamakan;
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 10 tahun di peringkat pengurusan dan mempunyai prestasi yang baik sepanjang perkhidmatan;
- Berpengalaman luas dalam Pengurusan Latihan dan Pembangunan TVET;
- Mempunyai prestasi cemerlang, tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib, memiliki sifat-sifat kepimpinan yang dinamik, berwawasan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam hubungan industri. Berkebolehan mengurus hal ehwal pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan aset bagi mencapai objektif syarikat; dan
- Calon yang memiliki jaringan industri yang baik, daya pemikiran yang strategik, nilai integriti yang tinggi, kemahiran komunikasi yang baik, nilai kepimpinan tinggi, keupayaan membuat keputusan, proaktif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan diberi keutamaan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar CV lengkap dan gambar berukuran pasport ke alamat e-mel: [email protected] atau ke alamat:
Pengurus Besar Bahagian Sumber Manusia GIATMARA Sendirian Berhad Jalan Medan Tuanku 50300 Kuala Lumpur.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Calon disarankan meneliti syarat-syarat kelayakan dan memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 07 MAC 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
GIATMARA adalah sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Penubuhan GIATMARA bertujuan bagi menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.
GIATMARA telah memulakan operasi pada bulan Januari, 1986 di GIATMARA Jitra (sekarang dikenali sebagai GIATMARA Prima Kubang Pasu) dengan pengambilan pertama seramai 60 orang pelatih dalam bidang Elektrik Domestik, Menerap Bata & Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan.
Pada masa ini, GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/ Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti.
Visinya adalah Menjadi Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional sepanjang hayat yang terunggul dan diiktiraf di peringkat Negara dan Antarabangsa.
Manakala, misinya adalah menyediakan latihan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti dan memenuhi kehendak Negara bagi mewujudkan tenaga kerja mahir dan bakal usahawan bumiputera yang berdaya saing.
Objektifnya pula adalah melahirkan tenaga mahir negara; mewujudkan usahawan dan membantu membasmi kemiskinan.