Subsidi merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos sesuatu barangan atau perkhidmatan. Ia bertujuan memastikan harga barang keperluan seperti bahan api, makanan, dan perkhidmatan asas kekal mampu milik, terutama bagi golongan berpendapatan rendah.
Antara kepentingan subsidi adalah:
- Meringankan Beban Rakyat – Subsidi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan memastikan harga barang keperluan kekal rendah;
- Menstabilkan Ekonomi – Dengan mengawal harga, subsidi dapat mengurangkan inflasi dan mengekalkan kestabilan ekonomi;
- Meningkatkan Kesejahteraan Sosial – Golongan miskin dan rentan mendapat manfaat utama daripada subsidi dalam memastikan mereka mampu memperoleh keperluan asas.
Dalam masa sama, pelaksanaan Subsidi Bersasar juga merupakan langkah yang lebih efisien. Ini kerana, walaupun subsidi memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, pendekatan subsidi bersasar lebih berkesan dalam membantu golongan yang benar-benar memerlukan.
Antara kepentingannya adalah:
- Mengurangkan Beban Kewangan Kerajaan – Subsidi bersasar memastikan peruntukan kerajaan digunakan secara optimum tanpa pembaziran.
- Memastikan Bantuan Sampai kepada Sasaran – Berbanding subsidi menyeluruh yang dinikmati oleh semua, subsidi bersasar hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah dan memerlukan.
- Menggalakkan Kecekapan Ekonomi – Dengan mengurangkan ketirisan dan penyalahgunaan subsidi, kerajaan dapat menyalurkan dana kepada sektor lain seperti pendidikan dan kesihatan.
Oleh itu,, subsidi memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat, tetapi subsidi bersasar merupakan kaedah yang lebih mampan untuk mengurus perbelanjaan negara dan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.
Makanya, pihak Kerajaa telah memperkenalkan sebuah program subsidi bersasar yang dikenali sebagai Budi Madani. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program ini: –
Program Budi Madani
Program Budi Madani pada asasnya merupakan sebuah wadah Kerajaan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Komitednya adalah untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, pihak Kerajaan melalui Budi Madani telah diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Kategori penerima Budi Madani adalah
- BUDI Individu: Merupakan bantuan subsidi tunai yang disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
- BUDI Agri-Komoditi: Merupakan bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
Syarat-Syarat Kelayakan
Bagi Budi Individu, kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia; dan
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah.
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
- Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
- Motosikal diesel;
- Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
Manakala, syarat-syarat kelayakan bagi BUDI Agri-Komoditi pula adalah:
- Petani Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu: Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi) atau Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
- Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
- Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia;
- Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia;
- Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
- Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 4.5 hektar ke bawah
- Pekebun kecil Koko, Lada dan Kenaf persendirian: keluasan 2.5 hektar ke bawah
- Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan.
- Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Kadar Bayaran dan Cara Memohon
Kadar pembayaran Budi Madani ditetapkan sebanyak RM200 setiap bulan. Pembayaran pula dibuat secara kredit terus ke akaun penerima.
Cara memohon pula hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Budi Madani. Tarikh permohonan akan menentukan tarikh pembayaran Budi Madani ini:
Bagi maklumat lengkap berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi Budi Madani – DI SINI.