Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong PTPTN
EKSEKUTIF OPERASI
- Cawangan: Petaling Jaya, Selangor
- Tawaran Gaji: RM1,700/sebulan
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
- Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurang- kurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM;
- Keutamaan diberi kepada calon:
- Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
- Perwatakan menarik;
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
- Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
- Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk; Berkebolehan menganalisis dengan baik;
- Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
- Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat; dan
- Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume terkini ke kaunter PPN Selangor/Cawangan atau e-melkan ke [email protected] atau [email protected].
Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan ia hendaklah sahih serta benar. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga
Tarikh tutup permohonan pada 15 April 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Maklumat Tambahan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
PTPTN berfungsi untuk menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman dan menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi. Ia juga melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Visi PTPTN adalah menguruskan dana simpanan dan pinjaman secara efektif berlandaskan tadbir urus yang cemerlang, berintegriti dan strategik.
Manakala, objektifnya pula adalah membuka peluang masa depan yang lebih cemerlang menerusi manfaat dan nilai tambah yang diperoleh daripada pendidikan tinggi.
Piagam pelanggan PTPTN merangkumi:
- Memproses permohonan pinjaman yang lengkap dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang ditetapkan;
- Memastikan pengeluaran pinjaman baharu dibuat tidak melebihi 20 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pinjaman yang sempurna diterima mengikut kelompok ditetapkan;
- Memastikan pengeluaran pinjaman berikutnya dibuat tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pinjaman;
- Memproses permohonan pembukaan akaun Simpan SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;
- Memproses permohonan pengeluaran/ penutupan akaun Simpan SSPN tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap; dan
- Memberi maklum balas segera ke atas semua pertanyaan dan aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja selepas pertanyaan dan aduan diterima.