imigresen

Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Pengambilan Sesi April 2025

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia

PEGAWAI PERHUBUNGAN PELANGGAN GRED N1

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,700

 

JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT1

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,700

Syarat-Syarat Kelayakan

PEGAWAI PERHUBUNGAN PELANGGAN GRED N1

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

 

JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT1

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya; atau
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume terkini dan lengkap ke alamat e-mel: [email protected]

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan ia hendaklah sahih serta benar. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga

Tarikh tutup permohonan pada 17 April 2025. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. JIM menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia.

Fungsi-fungsi utama jabatan ini adalah:

  • Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
  • Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
  • Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
  • Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).

 

Menelusuri sejarah, Jabatan Imigresen pada awalnya melaksanakan tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan imigresen. Tugas ini melibatkan pemeriksaan fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk.

Pengurusan Imigresen ini ditadbir oleh seorang pegawai kanan Malaysian Civil Service dengan gelaran jawatan ‘Immigration Officer, Stearits Settlement and Federated Malay States’. Seorang Timbalan Pegawai Imigresen iaitu seorang pegawai polis secara pinjaman ditempatkan di Pulau Pinang, yang merupakan pintu masuk ke Malaya. Pintu-pintu masuk lain ialah Changloon, Padang Besar, Kroh dan Port Swettenham. Pusat Pentadbirannya terletak di Singapura.

Undang-undang Imigresen yang pertama ialah “Passenger Restriction Ordinance 1922” yang berkuatkuasa mulai 21 Julai 1922 iaitu bagi melaksanakan kawalan kemasukan ke Negara ini. Pada tahun 1930 “The Aliens Immigration Restrictions Ordinance” telah digubal untuk mengawal ketibaan dan kawalan ke atas buruh-buruh khususnya daripada China di mana sistem kuota digunakan.

Kajian semula telah dibuat untuk tujuan langkah kawalan yang lebih ketat dengan penggubalan “The Aliens Ordinance 1932” yang berkuatkuasa mulai 1 April 1933. Perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan pengisytiharan darurat pada tahun 1948 telah membawa kepada penggubalan undang-undang Imigresen dan paspot yang lebih sempurna.

Selepas kemerdekaan, The Immigration Ordinance 1959, The Immigration Regulations 1959 dan The Passport Ordinance 1960 telah digubal bagi menggantikan The Immigration Ordinance 1952, The Passport Ordinance 1949 dan The Passport Regulations 1949. Undang-undang ini memperuntukkan lebih kuasa untuk mengawal kemasukan orang asing dan pelawat ke Persekutuan Tanah Melayu.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memperluaskan keperluan imigresen ke Sabah dan Sarawak. The Immigration (Transitional Provisions) Act 1963 digubal bagi memelihara kepentingan negeri-negeri tersebut. Selain daripada melaksanakan kawalan kemasukan bukan warganegara, pihak imigresen di Sabah dan Sarawak juga mengawal kemasukan warganegara dari semenanjung.

ARTIKEL BERKAITAN

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…
RM150 - RM500 Dibayar Setiap Bulan Ke Akaun: Ini Cara Memohon Bantuan Am Kerajaan

RM150 - RM500 Dibayar Setiap Bulan Ke Akaun: Ini Cara Memohon Bantuan Am Kerajaan

Dalam masyarakat yang pesat membangun, masih ramai individu dan keluarga yang tergolong dalam golongan memerlukan. Mereka bukan sahaja terdiri daripada…
RM2,700 Secara Sekali Bayar (One-Off) : Berikut Cara Memohon Bantuan Geran Pelancaran 2025

RM2,700 Secara Sekali Bayar (One-Off) : Berikut Cara Memohon Bantuan Geran Pelancaran 2025

Golongan B40 – iaitu 40% penduduk Malaysia dengan pendapatan isi rumah terendah — sering berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian,…