Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang sebenar – iaitu kehidupan berumah tangga. Fasa ini bukan sekadar tentang cinta dan kebahagiaan, tetapi juga tentang tanggungjawab, kerjasama, dan kematangan dalam membuat keputusan bersama, terutamanya dari segi kewangan.
Sebagai pengantin baru, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membina kehidupan yang stabil dan harmoni. Perjalanan ini bukan mudah, tetapi dengan perancangan yang betul, ia boleh dilalui dengan lebih tenang dan tersusun. Salah satu aspek utama yang sering menjadi cabaran ialah pengurusan kewangan. Tanpa kawalan dan perbincangan terbuka tentang bajet, hutang, dan matlamat kewangan, tekanan kewangan boleh menyebabkan perselisihan dalam rumah tangga, terutamanya pada tahun-tahun pertama perkahwinan.
Antara keperluan utama ialah menetapkan bajet bulanan. Walaupun kedua-dua pasangan bekerja, penting untuk mengetahui aliran masuk dan keluar duit supaya tiada pihak merasa terbeban. Kos sara hidup semakin meningkat, maka menyusun perbelanjaan seperti sewa atau ansuran rumah, bil utiliti, belanja dapur dan simpanan perlu menjadi rutin bulanan. Pasangan juga perlu mula merancang untuk masa depan seperti membeli rumah, simpanan pendidikan anak-anak, dan pelaburan jangka panjang.
Selain itu, perlindungan kewangan juga penting. Ramai pasangan muda terlepas pandang keperluan insurans seperti perlindungan kesihatan, insurans nyawa, dan takaful keluarga. Perkara ini amat penting untuk melindungi diri dan pasangan daripada beban kewangan yang tidak dijangka seperti kos perubatan, kemalangan atau kehilangan punca pendapatan.
Bagi yang bercadang untuk menimang cahaya mata, kos bersalin dan persiapan untuk bayi juga memerlukan perancangan awal. Memiliki dana kecemasan adalah satu keperluan, bukan lagi pilihan.
Kesimpulannya, menjadi pengantin baru memerlukan persediaan yang lebih dari sekadar emosi dan kasih sayang. Ia menuntut kecekapan dalam membuat keputusan bersama, terutamanya dalam hal kewangan. Perkahwinan yang bahagia bukan sahaja bergantung pada cinta, tetapi juga pada kemampuan pasangan mengurus hidup secara praktikal dan bertanggungjawab.
Prihatin dengan perkara ini, terdapat sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP). Berikut adalah maklumat lanjut insentif berkenaan: –
Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP)
Insentif Khas Pasangan Pengantin atau IKPP adalah sebuah insentif di bawah Kerajaan Negeri Pahang yang bertujuan meringankan beban dan membantu para pasangan pengantin.
Kadar IKPP ditetapkan sebanyak RM300 dan ia diberikan secara sekaligus atau ‘one-off’. Berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan IKPP:
- Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
- Perkahwinan yang berlangsung pada tahun semasa sahaja yang layak untuk membuat permohonan;
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang, pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (di mana tempat permohonan);
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif;
- Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.
Akan tetapi, IKPP tidak layak bagi perkara berikut:
- Poligami;
- Perkahwinan yang telah lama berlangsung tidak layak untuk membuat permohonan;
- Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah);
- Nikah tanpa kebenaran;
- Kedua pasangan bukan asal Pahang;
- Pendapatan lelaki melebihi RM5,000
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan IKPP boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:
- 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
- 2 Salinan Kad Pengenalan pasangan (depan dan belakang);
- 2 Salinan catatan akad nikah @ sijil nikah pemohon;
- 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.
Maklumat lanjut berkenaan insentif ini dan borang permohonan boleh didapati di Portal e-Munakahat (DI SINI).