Jabatan Imigresen Malaysia

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J1

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Manfaat: Caruman KWSP & PERKESO

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori AO (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau Sijil Kopetensi Ll & L3 yang dikeluarkan oleh Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1700.00)
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan- Peraturan Elektrik 1994.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar surat permohonan dan resume ke alamat e-mel: [email protected]

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan ia hendaklah sahih serta benar. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 09 MEI 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia.

Fungsi-fungsi utama jabatan ini adalah:

  • Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap;
  • Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia;
  • Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan;
  • Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).

 

Berdasarkan sejarah, Jabatan Imigresen pada awalnya melaksanakan tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan imigresen. Tugas ini melibatkan pemeriksaan fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk.

Undang-undang Imigresen yang pertama ialah “Passenger Restriction Ordinance 1922” yang berkuatkuasa mulai 21 Julai 1922 iaitu bagi melaksanakan kawalan kemasukan ke Negara ini. Pada tahun 1930 “The Aliens Immigration Restrictions Ordinance” telah digubal untuk mengawal ketibaan dan kawalan ke atas buruh-buruh khususnya daripada China di mana sistem kuota digunakan.

Kajian semula kemudiannya telah dibuat untuk tujuan langkah kawalan yang lebih ketat dengan penggubalan “The Aliens Ordinance 1932” yang berkuatkuasa mulai 1 April 1933. Perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan pengisytiharan darurat pada tahun 1948 telah membawa kepada penggubalan undang-undang Imigresen dan paspot yang lebih sempurna.

Selepas merdeka, The Immigration Ordinance 1959, The Immigration Regulations 1959 dan The Passport Ordinance 1960 telah digubal bagi menggantikan The Immigration Ordinance 1952, The Passport Ordinance 1949 dan The Passport Regulations 1949. Undang-undang ini memperuntukkan lebih kuasa untuk mengawal kemasukan orang asing dan pelawat ke Persekutuan Tanah Melayu.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memperluaskan keperluan imigresen ke Sabah dan Sarawak. The Immigration (Transitional Provisions) Act 1963 digubal bagi memelihara kepentingan negeri-negeri tersebut. Selain daripada melaksanakan kawalan kemasukan bukan warganegara, pihak imigresen di Sabah dan Sarawak juga mengawal kemasukan warganegara dari semenanjung.

ARTIKEL BERKAITAN

RM200 Dikreditkan Automatik Ke MyKad: Senarai Penuh Penerima & Cara Menggunakannya

RM200 Dikreditkan Automatik Ke MyKad: Senarai Penuh Penerima & Cara Menggunakannya

Di sebalik kemajuan ekonomi negara, masih terdapat sebahagian besar rakyat Malaysia yang berdepan dengan cabaran kewangan harian. Golongan ini dikenali…
Permohonan Bantuan YPJ RM200 - RM500 Telah Dibuka: Ini Cara Memohon & Syarat-Syaratnya

Permohonan Bantuan YPJ RM200 - RM500 Telah Dibuka: Ini Cara Memohon & Syarat-Syaratnya

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan detik penting dalam kehidupan setiap pelajar. Selepas menamatkan persekolahan menengah dan berjaya memperoleh keputusan…
Dapat Diskaun Sehingga 30% Bila Beli Barang: Ini Cara Mendaftar Kad Pekerja MADANI

Dapat Diskaun Sehingga 30% Bila Beli Barang: Ini Cara Mendaftar Kad Pekerja MADANI

Setiap 1 Mei, kita di Malaysia dan di banyak negara lain menyambut Hari Buruh sebagai tanda penghargaan kepada golongan pekerja…