Jawatan Kosong KTMB

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

  1. JURUTEKNIK (J07G10)
  2. PENGURUS KANAN, PEMBANGUNAN PERNIAGAAN (N02G04)
  3. PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR (PK09G12)
  4. PENGURUS KANAN, PEMASARAN & PROMOSI (N02G04)

Syarat-Syarat Kelayakan

JURUTEKNIK (J07G10)

  • Calon Dalaman
    • Memiliki Sijil Kejuruteraan Elektrik/Elektronik daripada Politeknik atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM Tahap 3) Elektrik/Elektronik; ATAU
    • Telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 7 tahun sebagai Tukang K2 (gred R06G12) bagi calon dalaman;
    • Diperakukan oleh ketua jabatan dan laporan Penilaian Prestasi Tahunan (PMS) sekurang – kurangnya gred C dalam tempoh 3 tahun ke belakang;
    • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib dalam tempoh 3 tahun ke belakang;
  • Calon Luaran
    • Memiliki Sijil Kejuruteraan Elektrik/Elektronik daripada Politeknik atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM Tahap 3) Elektrik/Elektronik;
    • Berumur tidak lebih 30 tahun pada tarikh iklan ditutup;
    • Mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang baik tentang kerja-kerja penyenggaraan dan penggunaan alatan pertukangan;
    • Berkemahiran menggunakan Komputer Peribadi (PC) dan aplikasi pejabat seperti MS Word, Access, dan Excel;
    • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

 

PENGURUS KANAN, PEMBANGUNAN PERNIAGAAN (N02G04)

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan, Pemasaran, Perancangan Pengangkutan, atau bidang berkaitan dari mana-mana Universiti yang diiktiraf;
  • Minimum lapan (8) hingga sepuluh (10) tahun pengalaman dalam pembangunan perniagaan, sebaik-baiknya dalam industri pengangkutan atau perkhidmatan;
  • Bagi calon dalaman, mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman dalam gred pekerjaan G05;
  • Mesti kakitangan tetap dan disahkan dengan purata PMS gred C selama tiga (3) tahun yang lalu dan tiada rekod tatatertib dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir;
  • Rekod prestasi yang terbukti dalam perancangan strategik, analisis data, dan inisiatif pertumbuhan hasil;
  • Kemahiran pengurusan dan pembentangan pihak berkepentingan yang kukuh;
  • Analitikal, kreatif dan dipacu hasil dengan keupayaan untuk menerajui inisiatif merentas fungsi;
  • Mempunyai kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang baik dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan semua peringkat dalam syarikat dan semua pihak berkuasa luar yang berkaitan;
  • Sanggup bekerja lebih masa dan bersedia untuk pergi ke luar kawasan.

 

PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR (PK09G12)

  • Mempunyai kelulusan sekurang – kurangnya SPM;
  • Memiliki lesen memandu kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan memiliki lesen memandu kelas E/GDL adalah satu kelebihan;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun dan mempunyai pengalaman memandu sekurang-kurangnya 2 tahun;
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor;
  • Berkebolehan berkomunikasi, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu; dan
  • Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.
  • Sedia bekerja di mana-mana lokasi di dalam rangkaian KTMB.

 

PENGURUS KANAN, PEMASARAN & PROMOSI (N02G04)

  • Memiliki Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda dalam Pemasaran/ Komunikasi/ Pengiklanan/ Penjenamaan, atau bidang berkaitan daripada universiti yang diiktiraf, dengan sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja;
  • Bagi calon dalaman, hendaklah kakitangan tetap dan disahkan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam Gred G05 dan tiada rekod tatatertib dalam tempoh tiga (3) tahun;
  • Rekod PMS yang baik dengan gred purata C selama tiga (3) tahun yang lalu;
  • Komunikasi bertulis dan lisan yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa dengan keupayaan untuk berinteraksi dengan semua peringkat dalam syarikat;
  • Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh, dengan keupayaan untuk bekerjasama secara berkesan dengan pasukan merentas fungsi;
  • Kebiasaan dengan alat dan platform pemasaran digital, seperti Google Analitis, Google Ads dan alatan pengurusan media sosial.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal KTMB. Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan ia hendaklah sahih serta benar. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 11 MEI 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…