Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus kumpulan isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Mereka ini terdiri daripada masyarakat yang gigih bekerja, namun berdepan pelbagai kekangan ekonomi dalam memenuhi keperluan harian. Dalam era kos sara hidup yang semakin meningkat, golongan ini terpaksa membuat pilihan yang sukar antara keperluan asas seperti makanan, perumahan, pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Realitinya, ramai dalam kalangan B40 hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka mudah terdedah kepada risiko kemiskinan sekiranya berlaku kejadian tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan, kemalangan atau penyakit kritikal. Situasi ini menjadi lebih mencabar apabila melibatkan keluarga dengan anak kecil, warga emas atau individu kurang upaya yang memerlukan perhatian khusus dan perbelanjaan tambahan.
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan ini, termasuk bantuan tunai, subsidi, skim perlindungan sosial, serta program latihan dan peningkatan kemahiran. Namun begitu, keperluan B40 bukan hanya bersifat ekonomi. Mereka juga memerlukan akses kepada pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan yang mampu milik, persekitaran selamat, dan peluang pekerjaan yang stabil bagi membolehkan mereka keluar daripada kitaran kemiskinan.
Oleh itu, penting untuk masyarakat dan semua pihak memainkan peranan dalam memahami cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan B40. Usaha kolektif perlu digerakkan – bukan sekadar memberi bantuan jangka pendek, tetapi juga menyediakan peluang dan sokongan jangka panjang yang mampu mengubah kehidupan mereka secara menyeluruh. Hanya dengan pendekatan menyeluruh dan inklusif, barulah keperluan golongan ini dapat dipenuhi dengan lebih berkesan.
Antara usaha yang telah dijalankan adalah melalui sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini.
Bantuan SARA 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini juga adalah bertujuan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka ekonomi ketika ini.
Syarat-syarat kelayakan SARA tahun 2025 ini adalah seperti berikut:
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
- SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kadar Bantuan SARA 2025
Kadar bantuan SARA adalah berbeza-beza mengikut kategori penerima dan berikut adalah maklumatnya:
- RM2,100 : Isi rumah (merupakan penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih).
- RM1,650 : Warga emas tiada pasangan (merupakan penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih).
- RM600 : Bujang 21 – 59 tahun (merupakan penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih).
- RM900 : Isi rumah (merupakan penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih).
- RM450 : Warga emas tiada pasangan (merupakan penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih).
Pembayaran bantuan ini pula dibuat dengan cara dikreditkan terus ke MyKad penerima secara bulanan. Berikut adalah jadual pembayaran SARA 2025:
Senarai Batrangan Boleh Dibeli Dengan SARA 2025
Pada ketika ini, para penerima SARA boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Contoh barangan yang boleh dibeli adalah:
Cara Buat Pembelian Dengan SARA 2025
Pembelian dengan menggunakan SARA boleh dibuat di lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara membuat pembelian pula adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Tukar Nombor Pin
- Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Maklumat lengkap berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini, sila rujuk di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – DI SINI.