Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 – RM22,040

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  1. PROFESOR VK7
    • Jadual Gaji: RM7,990 – RM22,040
  2. PROFESOR MADYA DS14
    • Jadual Gaji: RM6,560 – RM15,360
  3. PENSYARAH KANAN DS13
    • Jadual Gaji: RM6,210 – RM14,370
  4. PENSYARAH DS11
    • Jadual Gaji: RM3,320 – RM12,760

Syarat – Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 

  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS11
    • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11: RM3,320.00); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11: RM3,320.00); atau
    • Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS11: RM3,650.00).
  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS13
    • membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
    • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS13: RM6,210.00).

 

  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS14 (PROFESOR MADYA)
    • membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
    • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS14: RM6,560.00).
  • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
    • membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
    • mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,990.00).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keperluan Tambahan dan Keutamaan

  • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D);
  • Calon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. [Pengecualian diberikan kepada pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)];
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang:
    • Berkebolehan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran;
    • Berpengetahuan luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi;
    • Berkebolehan dalam penulisan artikel, jurnal, bahan penerbitan dan sebagainya;
    • Berkemahiran dalam pelbagai perisian komputer berkaitan dengan penyelidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain yang berkaitan;
    • Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik, berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan memberi nasihat serta mengemukakan hujah-hujah dengan baik.

Ringkasan Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan akademik, pengurusan dasar, penyelidikan, penerbitan, pengkomersilan, perundingan, khidmat nasihat, jaringan dan kolabrasi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Akademik Universiti Teknologi MARA. Setiap permohonan juga mestilah disertai bersama salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan benar dari sijil asal iaitu:

  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf;
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci) : Surat Pengesahan Senat Universiti perlu dikepilkan sekiranya belum menghadiri Istiadat Konvokesyen;
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik (MQA/MQR) : bagi setiap peringkat kelayakan akademik;
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji;
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat).

 

Bagi jawatan akademik nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah ditulis/dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke alamat:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERLIS
02600 ARAU
PERLIS
NO.TEL: (04- 9882000 / 2204 / 2207 / 2210)

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 26 MEI 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…
Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…