Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kelompok masyarakat yang sering menjadi tumpuan dasar kerajaan ialah golongan B40 dan M40. Kategori ini merujuk kepada pecahan isi rumah mengikut pendapatan bulanan, di mana B40 merangkumi 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah, manakala M40 pula merangkumi 40 peratus isi rumah berpendapatan sederhana. Menurut data rasmi, isi rumah B40 lazimnya berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan, manakala M40 mempunyai pendapatan bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970.
Golongan B40 sering dikaitkan dengan isu kos sara hidup yang tinggi, akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan, serta kekangan memiliki kediaman sendiri. Mereka juga lebih terdedah kepada risiko kemiskinan jika berlaku krisis ekonomi atau kehilangan pekerjaan. Oleh itu, pelbagai bantuan seperti Bantuan Tunai Rahmah, subsidi barangan asas dan program perumahan rakyat diperkenalkan bagi meringankan beban mereka.
Sementara itu, golongan M40 pula berada dalam kedudukan yang agak unik. Walaupun dianggap sebagai kumpulan berpendapatan sederhana, ramai dalam kalangan mereka masih terkesan dengan inflasi, cukai dan komitmen kewangan yang tinggi.
Mereka mungkin tidak layak menerima bantuan yang diberikan kepada B40, namun dalam masa yang sama tidak cukup ‘selesa’ untuk menampung semua keperluan hidup tanpa cabaran. Maka itu, isu seperti keperluan memperluas jaringan keselamatan sosial dan mewujudkan dasar bersasar untuk kumpulan ini semakin mendapat perhatian.
Memahami cabaran dan keperluan sebenar kedua-dua kumpulan ini amat penting agar sebarang dasar atau bantuan dapat disalurkan secara adil dan efektif. B40 dan M40 bukan sekadar statistik – mereka adalah wajah sebenar rakyat Malaysia yang menjadi tunjang kepada kemajuan dan kestabilan negara.
Oleh itu, terdapat pelbagai jenis inisiatif dan bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu.
Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40 yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Pada tahun 2025 ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran STR
Kadar keseluruhan STR Tahun 2025 ditetapkan dari RM500 hingga RM2,500. Berikut adalah maklumat pembayaran STR bagi setiap kategori penerima:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM2,500
- Anak 3 – 4 orang: RM2,000
- Anak 1 – 2 orang: RM1,500
- Anak 0: RM1,000
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM1,250
- Anak 3 – 4 orang: RM1,000
- Anak 1 – 2 orang: RM750
- Anak 0: RM500
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM600
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM600
Untuk pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun dibayar kepada para penerima pada bulan Januari dan Mac lalu. Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 3 pula – ia masih belum dimaklumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Semakan Status STR 2025
Bagi semakan status kelulusan STR, ia boleh dilaksanakans secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR melalui MySTR. Berikut adalah tatacara membuat semakan:
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Selain itu, semakan kelulusan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotline BKK di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.
Untuk info lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2025, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.