Skim MySalam

Bantuan RM700 Setiap Tahun Untuk Penerima B40 & STR: Ini Cara Memohon Skim MySalam 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang berada dalam kumpulan berpendapatan terendah. Menurut statistik terkini, ramai dalam kalangan mereka berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan, dan jumlah ini seringkali tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, apatah lagi perbelanjaan kesihatan yang tidak dijangka.

Kehidupan seharian mereka dibelenggu dengan pelbagai cabaran — daripada membayar sewa rumah, belanja harian, pendidikan anak-anak hinggalah kepada kos perubatan yang boleh menjadi beban besar sekiranya berlaku kecemasan atau penyakit serius.

Akses kepada rawatan kesihatan berkualiti masih menjadi isu utama dalam kalangan B40. Walaupun Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan awam pada kadar yang rendah, terdapat had dalam kapasiti dan kecekapan sistem tersebut.

Tempoh menunggu yang lama, kekurangan pakar di hospital kerajaan dan kos ubat-ubatan yang tidak ditanggung sepenuhnya sering menyebabkan golongan ini terpaksa menangguhkan rawatan atau mencari alternatif yang lebih murah, kadangkala dengan risiko kepada kesihatan sendiri.

Tambahan pula, sebahagian besar daripada golongan B40 tidak mempunyai perlindungan insurans kesihatan yang mencukupi. Ini menjadikan mereka lebih terdedah kepada beban kewangan apabila berlaku musibah seperti kemalangan, penyakit kronik atau keperluan rawatan hospital.

Justeru, perhatian yang lebih serius perlu diberikan terhadap keperluan perubatan kumpulan ini, termasuk sokongan daripada sektor awam dan swasta dalam bentuk subsidi, skim perlindungan kesihatan, serta program pendidikan kesihatan yang lebih menyeluruh dan mudah diakses.

Antara program yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu golongan ini adalah melalui Skim Perlindungan MySalam. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim tersebut.

Skim MySalam 2025

Skim Perlindungan MySalam pada asasnya merupakan Skim Perlindungan Takaful percuma yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti berpendaapatan rendah atau B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah MySalam.

Melalui skim ini, terdapat dua manfaat utama yang ditawarkan iaitu:

  • Manfaat Hospitalisasi:
    • Jika penerima MySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima tersebut layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.
  • Manfaat Penyakit Kritikal:
    • Jika penerima MySalam disahkan mengidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, mereka  boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Syarat-Syarat Kelayakan MySalam

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima mySalam adalah individu yang menerima bayaran Bantuan Khas Kerajaan (BKK) seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun;
  • Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

Cara Memohon

Bagi yang ingin membuat tuntutan MySalam, mereka digalakkan untuk membuat semakan kelayakan dahulu di Portal Rasmi MySalam dengan mengisi maklumat nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan.

Cara tuntutan pula boleh dikemukakan dengan dengan langkah-langkah berikut:

Tuntutan Hospitalisasi

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Skrol ke bawah laman web dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* seperti di bawah. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    • Salinan kad pengenalan – (depan dan belakang)
    • Salinan nota discaj
  • Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tuntutan Penyakit Kritikal

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik pada Muat Turun Borang dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi MySalam dan klik pada ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* dibawah. Seterusnya, klik butang Lampirkan.
    • Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.

 

Untuk info lanjut dan lengkap berkenaan Skim Perlindungan MySalam 2025, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…
Pengambilan Jawatan Besar-Besaran Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2025: Kelayakan SPM - Ijazah

Pengambilan Jawatan Besar-Besaran Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2025: Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…