Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan, dan merupakan kumpulan yang paling terkesan apabila berlaku peningkatan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi, serta kekurangan peluang pekerjaan yang stabil.
Kehidupan golongan ini sering kali dihimpit pelbagai cabaran — dari aspek kewangan harian sehinggalah keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan.
Kebanyakan daripada mereka bekerja dalam sektor tidak formal seperti perkhidmatan, buruh am, atau bekerja sendiri, yang tidak menjamin pendapatan tetap atau perlindungan sosial yang mencukupi. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, walaupun sedikit kenaikan harga barang asas atau bil utiliti boleh memberi impak besar kepada kehidupan harian mereka.
Lebih membimbangkan, ada antara mereka yang terpaksa mengorbankan keperluan penting seperti pemeriksaan kesihatan atau pembelajaran anak-anak demi memastikan makanan cukup di atas meja.
Namun begitu, kerajaan dan pelbagai pihak telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan ini — antaranya termasuklah bantuan tunai, subsidi, program latihan kemahiran, serta akses kepada kemudahan perumahan mampu milik.
Walaupun bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban, usaha jangka panjang yang menyeluruh perlu dirangka bagi memastikan mobiliti sosial yang mampan dan kelangsungan hidup yang lebih baik buat golongan B40.
Antara bantuan yang telah diperkenalkan adalah melalui Skim Perlindungan Takaful Percuma yang dikenali sebagai Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam. Berikut adalah maklumat lanjutnya.
Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam
Untuk makluman, pihak Kerajaan telah Skim Perlindungan B40 yang dikenali sebagai Skim mySalam. Skim ini pada awalnya dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun – bermula dari 2019 sehingga 2023.
Akan tetapi, disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim mySalam sehingga tahun 2025.
Manfaat utama skim ini adalah:
- Manfaat Hospitalisasi : Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.
- Manfaat Penyakit Kritikal : Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 50 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Individu yang menerima bayaran Bantuan Khas Kerajaan (BKK) seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Kriteria umur adalah seperti kategori berikut:
- Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
- Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan mySalam boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
Tuntutan Hospitalisasi
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Skrol ke bawah laman web dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* seperti di bawah. Seterusnya klik butang Lampirkan.
- Salinan kad pengenalan – (depan dan belakang)
- Salinan nota discaj
- Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Tuntutan Penyakit Kritikal
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Langkah 2: Klik pada Muat Turun Borang dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
- Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi MySalam dan klik pada ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* dibawah. Seterusnya, klik butang Lampirkan.
- Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.
Untuk info lanjut dan lengkap berkenaan mySalam, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.