pos malaysia

Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad: Tawaran Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, POS Malaysia Berhad kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong POS Malaysia Berhad

  1. POSMEN & KURIER
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499
    • Sektor: Perkhidmatan Pos dan Kurier
  2. POSMEN SERAHAN
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Sektor: Perkhidmatan Pos dan Kurier

Syarat-Syarat Kelayakan

POSMEN & KURIER

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM / O Level / SKM Tahap 1 / SKM Tahap 2 / SKM Tahap 3 atau yang setaraf.

POSMEN SERAHAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan;
  • Memiliki lesen memandu penuh kelas B2 atau Percubaan (P);
  • Sihat tubuh badan;
  • Bebas dari segala rekod jenayah.

Bidang Tugas

POSMEN & KURIER

  • Menyisih dan menyusun mel dengan tepat mengikut laluan yang ditetapkan, memastikan penghantaran tepat pada masanya serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP);
  • Menghantar item pos seperti Pos Daftar, Pos Ekspres, dan bungkusan kepada penerima serta membuat pungutan mel keluar dari lokasi yang ditetapkan;
  • Mengurus mel yang tidak dapat diserahkan dengan mengeluarkan kad pemakluman, mengemas kini sistem penjejakan, dan melaporkan kepada penyelia untuk tindakan lanjut;
  • Melakukan pemeriksaan harian ke atas kenderaan mengemas kini buku log serta memastikan semua peralatan (seperti kunci, fleet card) dikendalikan dengan betul sebelum dan selepas bertugas;
  • Menyimpan rekod dengan tepat, mengemas kini sistem penjejakan yang berkaitan, serta mematuhi peraturan tempat kerja termasuk pemakaian seragam dan prosedur keselamatan operasi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs.

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Pos Malaysia adalah pembekal eksklusif perkhidmatan mel di Malaysia. Syarikat ini dikorporatkan dari Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia milik kerajaan pada 1990.

Sejarah awal Pos Malaysia bermula pada sekitar tahun 1800-an iaitu berdasarkan tanda pos yang paling awal diketahui bertarikh sekitar 1806, digunakan oleh pejabat pos di Pulau Prince of Wales (kini Pulau Pinang). Syarikat penghantaran ini dikenali sebagai The Straits Settlements Postal And Telegraph Service – di mana pembangunannya beroperasi di Negeri-Negeri Selat (NNS) – iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Tindakan penubuhan ini adalah untuk memenuhi tuntutan perutusan khas kepada negara Eropah, India dan China.

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957, perkhidmatan pos ini telah dijadikan sebahagian daripada jabatan kerajaan, iaitu dibawah Jabatan Pos Negara (JPN).

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Tawaran Gaji RM1,500 - RM2,499

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Tawaran Gaji RM1,500 - RM2,499

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jawatan Kosong Dewan Filharmonik PETRONAS: Pengambilan September - Oktober 2025

Jawatan Kosong Dewan Filharmonik PETRONAS: Pengambilan September - Oktober 2025

Pada ketika ini, Dewan Filharmonik PETRONAS sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM200 - RM400 Setiap Bulan: Syarat-Syarat & Cara Memohon Bantuan Zakat MAIK

Bantuan RM200 - RM400 Setiap Bulan: Syarat-Syarat & Cara Memohon Bantuan Zakat MAIK

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang memenuhi syarat tertentu. Namun, di sebalik kewajiban…