Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong FELDA
PERSONEL MYSTEP
- Pengambilan: MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Pekerjaan: Kerani Pengauditan
- Waktu Kerja: Waktu Biasa
- Sektor: Aktiviti pengurusan pejabat, sokongan pejabat dan sokongan perniagaan lain
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sarjana Muda atau yang setaraf.
Bidang Tugas
- Menjalankan audit dalaman MSPO di 296 buah rancangan FELDA;
- Menyediakan Laporan Impak Sosial / Social Impact Assessment (SIA) mengikut Gugusan;
- Menyediakan enam Laporan High Conservation Value (HCV).
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs.
Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Maklumat Tambahan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA adalah seperti berikut:
- Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah;
- Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan di mana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya;
- Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan di mana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan;
- Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.
Visi FELDA adalah Menjadi Pemacu Pembangunan Penempatan Negara Yang Progresif. Manakala, misinya pula adalah Menambah Nilai Untuk Kepentingan Peneroka.
Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru selepas 112,635 ditempatkan di 317 buah rancangan di seluruh negara. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1996 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan operasi kepada FELDA.
Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah FELDA Holdings Sendirian Berhad, FELDA Plantations Sendirian Berhad dan FELDA Global Ventures (FGV).
Untuk memastikan pertambahan pendapatan Warga Peneroka dan petugas-petugas FELDA, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah ditubuhkan, yang pada mulanya juga terlibat dalam operasi bersama FELDA Holdings. Selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia Jun 2012, FELDA telah juga menubuhkan FELDA Investment Corporation (FIC).
Pada hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya mendapat asas pendidikan yang elok dan wajar termasuk berpendidikan tinggi kepada yang sesuai untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka.