Sri Nona Food Industries buka pengambilan baru. Ini senarai jawatan dan cara memohon

Sri Nona Food Industries Sdn Bhd mula bertapak di negara ini sebagai sebuah syarikat pemborong pada sekitar tahun 1975. Pada ketika itu, ia beroperasi sebagai pengilang kecil-kecilan, yang seterusnya berkembang menjadi pengilang makanan terkemuka di Malaysia.

Kini, boleh dikatakan hampir setiap dapur rakyat negara ini akan mempunyai produk keluaran Sri Nona seperti ketupat, sos tiram, minuman halia, pencuci mulut dan sebagainya. Selaras dengan perkembangan itu, Sri Nona sedang mencari bakat-bakat baru bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat berkenaan.

Berikut adalah antara jawatan kosong yang dibuka:

  1. Eksekutif R&D
  2. Eksekutif QA Kanan
  3. Eksekutif Qc
  4. Pembantu Tadbir

 

Bagi jawatan – jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan akademik adalah dari peringkat Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada ketetapan jawatan. Taraf jawatan pula adalah berstatus sepenuh masa.

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut jawatan boleh didapati di LAMAN INI. Permohonan boleh dibuat dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan yang dikehendaki di laman berkenaan. Sila pastikan juga yang calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, sebelum permohonan dibuat.

Purata tempoh proses permohonan adalah 30 hari bergantung kepada jawatan dan syarikat.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…