Perkhidmatan Awam

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam (Perbadanan Putrajaya)

  1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5
  2. PENOLONG AKAUNTAN W5 GRED 5
  3. PENOLONG JURUUKUR GRED JA5
  4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J1

Syarat-Syarat Kelayakan

  • PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U5
    • Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00);
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • PENOLONG AKAUNTAN W5
    • Sijil dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Penyimpanan Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,650.00); atau
    • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada W5: RM1,650.00); atau
    • Diploma Perakaunan atau Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan atau Perbankan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,893.00); atau
    • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM2,136.00).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

  • PENOLONG JURUUKUR GRED JA5
    • Sijil Ukur Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
    • Diploma Ukur Tanah atau Diploma dalam bidang Geomatik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J1
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohon hendaklah dibuat melalui Portal Rasmi Perbadanan Putrajaya. Pemohon juga hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 15 JULAI 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Perbadanan Putrajaya ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536] yang berkuatkuasa mulai 1 Mac 1996. Tujuan utama penubuhan Perbadanan Putrajaya adalah untuk mentadbir dan mengurus Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Misinya pula adalah bagi menerajui Pengurusan dan Pembangunan Perbandaran Melalui Tadbir Urus Dinamik dan Berinovasi. Fungsi-fungsi Perbadanan Putrajaya adalah:

  • Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya;
  • Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya;
  • Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan komersial, pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya; dan
  • Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (b) dan (c) di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…