Jawatan Kosong FELDA

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 – RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong FELDA

PENGURUS 

  • Taraf Jawatan : Anggota Projek FAMA (Kontrak)
  • Penempatan : Unit Undang-Undang, Ibu Pejabat FAMA
  • Gred / Jadual Gaji : Gred P2
  • Jadual Gaji : RM2,210 – RM8,150
  • Gaji Permulaan Berdasarkan Syarat Kelayakan : RM3,170
  • Elaun Tanggungjawab : RM200 sebulan

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah satu keutamaan;
  • Memiliki Sijil Amalan Guaman/ Certificate of Legal Practice (CLP) atau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara adalah satu kelebihan;
  • Sekurang-kurangnya satu (1) hingga tiga (3) tahun bekerja sebagai pengamal undang-undang;
  • Pengalaman bekerja dalam agensi, jabatan atau Kementerian akan diberikan keutamaan;
  • Pengalaman dalam aktiviti pendrafan dokumen gubalan/ pindaan undang-undang/ pengendalian kes mahkamah satu kelebihan;
  • Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai pengalaman dalam penggubalan undang-undang, pengendalian kes sivil, jenayah, semakan dokumen perjanjian dan pengurusan harta intelek.

Bidang Tugas

  • Memberi nasihat perundangan yang diminta secara lisan dalam mesyuarat pengurusan dan sesi libat urus dengan pihak kementerian/ pihak luar;
  • Membantu pegawai atasan menyediakan nasihat perundangan kepada Bahagian dalaman FAMA berkaitan isu dalam urusan operasi harian FAMA jika dimohon secara bertulis;
  • Menyemak perjanjian yang dimasuki oleh FAMA dengan pemantauan minimum seperti perjanjian pembangunan/ menaiktaraf sistem ICT, penyelenggaraan sistem/ peralatan ICT, memorandum persefahaman, perjanjian perolehan dengan nilai melebihi RM50,000.00;
  • Membuat semakan terhadap Akta 141 dan peraturan sedia ada FAMA dan menggubal peraturan baru mengikut polisi dan dasar FAMA dari semasa ke semasa;
  • Menyemak instrumen perundangan seperti Memorandum Jemaah Menteri yang mengandungi hasrat penubuhan agensi baru atau penggubalan undang-undang baru atau semakan undang-undang sedia ada;
  • Menyediakan input undang-undang bagi sesi libat urus dengan pihak kementerian terutamanya yang melibatkan MAREA dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS);
  • Menghadiri sesi libat urus yang dianjurkan oleh kementerian/ jabatan lain;
  • Tugasan-tugasan lain berkaitan dengan undang-undang yang perlu dilaksanakan bagi melancarkan operasi harian FAMA.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohon hendaklah dibuat dengan mengisi Borang FAMA 1-08p. Permohon juga hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM/Diploma/ Ijazah yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 batu Caves
Selangor

Pemohon juga hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 27 JULAI 2025. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 di bawah Akta 141 merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri makanan dan asas tani.

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…