Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong PERDA
- PEGAWAI TADBIR N9
- Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
- Kumpulan : Pengurusan Dan Profesional
- Taraf Jawatan : Personel MyStep
- Gred Gaji : N9
- Kadar Upah : RM2,100
- Tempoh Perkhidmatan: Sehingga 31 Disember 2025
- PENOLONG JURUTERA AWAM JA5
- Klasifikasi : Kejuruteraan
- Kumpulan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Personel MyStep
- Penempatan : Perda-tech
- Gred Gaji : JA5
- Kadar Upah : RM1,900
- Tempoh Perkhidmatan: Sehingga 31 Disember 2025
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1
- Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
- Kumpulan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Personel MyStep
- Penempatan : PERDA / Demas@perda Sungai Rusa Community Centre, Balik Pulau
- Gred Gaji : N1
- Kadar Upah : RM1,700
- Tempoh Perkhidmatan: Sehingga 31 Disember 2025
Syarat-Syarat Kelayakan
PEGAWAI TADBIR N9
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENOLONG JURUTERA AWAM JA5
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki sijil / diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Keutamaan kepada calon yang menetap di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohon hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Perjawatan PERDA. Pemohon juga hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan.
Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat/emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Permohonan dibuka sehingga 25 Ogos 2025 (Isnin).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Akta 282.
Pada awalnya, PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-Undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983.
Pada 27 Oktober 1990, PERDA telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Berkuatkuasa 15 Ogos 2005, PERDA telah diletakkan di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Setelah hampir 13 tahun PERDA diletakkan di bawah kawal selia Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, pada 19 Oktober 2018 PERDA dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Visi PERDA adalah sebagai agensi pembangunan wilayah yang dinamik dalam menerajui pelaksanaan pembangunan Wilayah Pulau Pinang. Misinya pula adalah agensi yang menggerak pembangunan masyarakat setempat menerusi pelaksanaan dan pengurusan program/projek sosioekonomi yang berkesan melalui tadbir urus yang baik Wilayah Pulau Pinang.