Jawatan Kosong Jurutera

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 – RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong

JURUTERA J9

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan (J)
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Gred Jawatan : J9
  • Penempatan : Ibu Pejabat (Johor Bahru)
  • Jadual Gaji : RM2,250 – RM11,110

Syarart-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan kosong;
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiranam pejabat.

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

  • Bertanggungjawab mengawal dan menyelia pelaksanaan kerjakerja di tapak projek dan berbincang dengan Jurutera, juruperunding dan kontraktor untuk mencari penyelesaian bagi apa-apa masalah teknikal di tapak projek.
  • Menyelaras pelaksanaan kerja di tapak projek dengan cadangan yang dikemukakan oleh kontraktor.
  • Merancang pelaksanaan projek pembangunan yang dipertanggungjawabkan sehingga tempoh siap dengan menggunakan beberapa kaedah pengurusan projek.
  • Mengawal dan menyelia penyelenggaraan bagi setiap projek disebabkan ketidaksempurnaan semasa kerja-kerja pembinaan dilakukan dan masih dalam tempoh memperbaiki kecacatan.
  • Mengawal selia kerja-kerja di tapak sejajar dengan penjagaan dan kawalan alam sekitar yang disyaratkan dan memantau pematuhan kontraktor ke atasnya.
  • Mengarah kontraktor untuk memperbaiki ketidaksempurnaan pembinaan dalam tempoh membaiki kecacatan.
  • Menyediakan laporan kemajuan semua projek pembangunan yang sedang/ belum dan akan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan.
  • Menyediakan laporan projek pembangunan untuk dilaporkan kepada Kementerian Kewangan Unit Perancang Pelaksanaan dan lain-lain agensi yang berkaitan.
  • Memeriksa dan menyemak kertas perakuan, surat setuju terima sijil bayaran dan lain-lain.
  • Urus setia kepada mesyuarat jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan projek supaya diadakan dengan sempurna dan lancar.
  • Membantu Jurutera untuk berbincang secara terus dengan perunding, kontraktor, jabatan/ agensi berkaitan bagi melancarkan pelaksanaan projek yang dipertanggungjawabkan.
  • Menyediakan kertas pertimbangan dan kertas makluman untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah dan menjawab surat-surat berkaitan.
  • Mengurus peruntukan pembangunan, penyediaan inden kerja, dokumen sebut harga / tender bagi kerja-kerja pembinaan prasarana / bekalan peralatan yang diluluskan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohon hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Perjawatan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Manakala, bagi permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi terkini tiga tahun berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia berkaitan perkara ini.

Permohonan dibuka sehingga 14 September 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Lembaga Nanas) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu. Selaras dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957.

pada 15 September 2004, pihak Kerajaan telah membuat keputusan supaya Lembaga Nanas dikekalkan sebagai peneraju pembangunan industri nanas negara dan membatalkan keputusan pembubaran Lembaga Nanas pada 29 Mei 1996. Selain itu, harta alih dan harta tidak alih yang sedia ada di Lembaga Nanas juga dikekalkan dan semua jawatan.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong RISDA, September 2025: Tawaran Gaji RM1,700 - RM8,334

Pengambilan Jawatan Kosong RISDA, September 2025: Tawaran Gaji RM1,700 - RM8,334

Pada ketika ini, RISDA Estates Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan Kebajikan RM600 Setiap Bulan: Mereka Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Boleh Memohon

Bantuan Kebajikan RM600 Setiap Bulan: Mereka Berumur 60 Tahun dan Ke Atas Boleh Memohon

Dalam perjalanan hidup manusia, usia emas merupakan satu fasa yang tidak dapat dielakkan. Warga emas ialah golongan yang telah melalui…
Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong…