Kementerian Komunikasi

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kementerian Komunikasi (Pengisian di Istana Budaya)

AHLI MUZIK GRED B9 (SEMENANJUNG)

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Bakat dan Seni

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional. (Gaji permulaan ialah pada Gred B9: RM2,250.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Seni Muzik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B9: RM2,470.00);
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohon hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Permohonan dibuka sehingga 22 September 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Pada tahun 1994, Panggung Eksperimen (ET) dirasmikan. Kumpulan Budaya Negara (KBN) pula menjadi Bahagian Panggung Negara di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (KKKP). Pada tahun yang sama, pembinaan Panggung Negara direalisasikan bermula dengan kerja-kerja penetapan tapak tanah, pemilihan reka bentuk bangunan dan perancangan kewangan.

Pembinaan ET, berserta kewujudan Auditorium Tunku Abdul Rahman di Pusat Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) di Jalan Ampang adalah suatu percubaan untuk mendapatkan pengalaman mentadbir sebuah Panggung Negara pada masa akan datang.

Pembinaan Panggung Negara Malaysia bermula pada Julai 1995 dengan melibatkan kos berjumlah RM210 juta yang meliputi 5.44 hektar dan keluasan lantai 21,000 meter persegi. Sejurus pembinaannya siap pada 1 Disember 1998, pentadbiran Panggung Negara berpindah ke premis tetap di Jalan Tun Razak. Setahun kemudian, pada tanggal 15 September 1999, sejarah tercipta apabila Panggung Negara dengan rasminya dikenali sebagai Istana Budaya.

Keunikan senibina ISTANA BUDAYA bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Jika dilihat dari atas, bangunan ISTANA BUDAYA berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung iaitu lambang pemula upacara yang sering digunakan di dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.

Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama – serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Manakala tangga untuk ke Panggung Sari menggunakan konsep tangga tradisional rumah Melayu Melaka.

Panggung Sari mampu menempatkan 1408 orang pada satu-satu masa, termasuk 788 orang di Balai Sari Penghadapan yang terletak di tingkat satu. Manakala Balai Sari Utama boleh menempatkan 328 di tingkat dua dan 292 orang di Balai Sari Peninjau di tingkat tiga. Kesemua tempat duduk adalah bernombor. Terdapat lampu-lampu kecil di lantai bagi memudahkan para penonton mengenalpasti tempat duduk mereka.

Laluan masuk utama ke Panggung Sari melambangkan pintu masuk utama ke Balairong Seri Istana Kesultanan Melayu pada zaman silam. Lobi teater di tingkat tiga menyerupai rekabentuk rebana ubi iaitu gendang tradisional Melayu. Sebaik sahaja anda berada di dalam Panggung Sari, anda seakan-akan berada di dalam istana pada zaman silam. Anjung orang kenamaan di kanan dan kiri menggunakan konsep jendela rumah Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…