Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
- PEGAWAI TADBIR N9
- Jenis Jawatan: MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,000 – RM2,499
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5
- Jenis Jawatan: MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,500 – RM1,999
- PENOLONG PEGAWAI MEDIA B5
- Jenis Jawatan: MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,500 – RM1,999
Syarat-Syarat Kelayakan
PEGAWAI TADBIR N9
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya.
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan Diploma / Diploma Lanjutan / Diploma Graduan Atasan / DVM / DKM Tahap 4 / DLKM Tahap 5.
PENOLONG PEGAWAI MEDIA B5
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memilik Diploma dalam bidang seni grafik/multimedia;
- Mahir dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop, Illustrator, Lightroom, Premier pro dan lain-lain perisian yang berkaitan;
- Mahir dalam bidang penulisan bagi penyediaan copy writing serta bertanggungjawab menjalan tugas serta berfiiran terbuka dan bersedia meneriam pandangan.
Bidang Tugas
PEGAWAI TADBIR N9
Menjalankan tugas sebagai perancang, penyelidik, dan pengamal strategi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan menjalankan tugas diplomasi.
PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5
Menjalankan tugas pengurusan pejabat, mahir menggunakan perisian seni grafik dan design.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohon hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui hebahan rasmi yang ditetapkan iaitu di Portal MyFutureJobs.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Pada awal sebelum 1940-an, Jabatan Imigresen melaksanakan tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan imigresen. Tugas ini melibatkan pemeriksaan fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk.
Pengurusan Imigresen ditadbir oleh seorang pegawai kanan Malaysian Civil Service dengan gelaran jawatan ‘Immigration Officer, Stearits Settlement and Federated Malay States’. Seorang Timbalan Pegawai Imigresen iaitu seorang pegawai polis secara pinjaman ditempatkan di Pulau Pinang, yang merupakan pintu masuk ke Malaya. Pintu-pintu masuk lain ialah Changloon, Padang Besar, Kroh dan Port Swettenham. Pusat Pentadbirannya terletak di Singapura.
Selepas 1945, Jabatan Imigresen dikenali sebagai “Refugees and Displaced Persons Bureau” yang berpusat di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang pegawai British Military Administration. Tugas utamanya adalah membawa balik orang-orang yang terkandas di luar Negara akibat Perang Dunia Kedua.
Undang-undang Imigresen yang pertama ialah “Passenger Restriction Ordinance 1922” yang berkuatkuasa mulai 21 Julai 1922 iaitu bagi melaksanakan kawalan kemasukan ke Negara ini. Pada tahun 1930 “The Aliens Immigration Restrictions Ordinance” telah digubal untuk mengawal ketibaan dan kawalan ke atas buruh-buruh khususnya daripada China di mana sistem kuota digunakan.
Kajian semula telah dibuat untuk tujuan langkah kawalan yang lebih ketat dengan penggubalan “The Aliens Ordinance 1932” yang berkuatkuasa mulai 1 April 1933. Perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan pengisytiharan darurat pada tahun 1948 telah membawa kepada penggubalan undang-undang Imigresen dan paspot yang lebih sempurna.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memperluaskan keperluan imigresen ke Sabah dan Sarawak. The Immigration (Transitional Provisions) Act 1963 digubal bagi memelihara kepentingan negeri-negeri tersebut. Selain daripada melaksanakan kawalan kemasukan bukan warganegara, pihak imigresen di Sabah dan Sarawak juga mengawal kemasukan warganegara dari semenanjung.
Pada tahun 1964, pengurusan hal ehwal imigresen dipindahkan daripada Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri dan pentadbiran imigresen mula dipegang oleh anak tempatan dengan perlantikan Encik Ibrahim Bin Ali sebagai Pengawal Imigresen Negara yang pertama pada 1 Januari 1967 dengan Ibu Pejabat yang berpusat di Jalan Tugu Kuala Lumpur pada 13 April 1965.
Pada 1 Disember 1971, pentadbiran Imigresen Negeri-negeri Tanah Melayu telah disatukan di bawah Ibu Pejabat Imigresen Malaysia. Undang-undang mengenai imigresen yang berkuatkuasa pada masa itu telah disemak semula dan disatukan pada tahun 1974 bagi memasukkan peruntukan-peruntukan khusus untuk Sabah dan Sarawak.