Universiti Teknologi MARA

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Gaji RM1,650 – RM6,620

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (U5)

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan Dan Kesihatan
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana/pengurusan Dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Jadual Gaji : RM1,650 – RM6,620

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Diploma Pembantu Perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974);
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

  • Merawat pesakit di dalam skop yang ditetapkan;
  • Bertanggungjawab di dalam merawat pesakit atau melaksana prosedur untuk tujuan rawatan di fasiliti-fasiliti yang ditetapkan;
  • Melakukan Ujian dan saringan bagi tujuan diagnostik;
  • Mengendalikan peralatan perubatan untuk tujuan rawatan.Bertanggungjawab di dalam menyedia,mengawal dan mengelola peralatan-peralatan perubatan di jabatan agar peralatan perubatan yang ada, diselenggara dan dapat digunakan di dalam keadaan baik dan selamat;
  • Mengendalikan program-program kesihatan awam;
  • Bertanggungjawab bagi mengendali dan melaksanakan program-program saringan, intervensi/rawatan awal kepada pesakit khususnya di program kesihatan awam dan perubatan;
  • Mengendalikan Perkhidmatan Pra Hospital.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem ePengambilan staf – ePCNS UiTM dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

Pemohon juga dikehendaki membeli nombor pin di dalam sistem Pengambilan UiTMCNS dengan bayaran RM10 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.

Sekiranya terpilih dan dipanggil bagi menghadiri ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal.

Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil SPM / MCE, HSC / STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja / penetapan gaji
  • Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  • Dokumen berkaitan yang dipohon.

 

Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA TARIKH 1 OKTOBER 2025 (RABU). 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

UiTM Cawangan Negeri Sembilan ialah salah sebuah cawangan bagi Universiti Teknologi MARA yang ditubuhkan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia ditadbir oleh seorang Rektor dan bertanggungjawab ke atas tiga kampus UiTM di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Seremban 3 dan Rembau.

Kampus Kuala Pilah ialah kampus UiTM pertama di Negeri Sembilan. Ia ditubuhkan pada Jun 1999. Kampus Seremban 3 dirasmikan pada Januari 2014, manakala Kampus Rembau dibuka pada 2017.

UiTM Cawangan Negeri Sembilan juga komited untuk mengendalikan program pra-diploma, diploma, ijazah sarjana muda yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengurusan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang untuk memenuhi kehendak pasaran kerja selaras dengan visi Universiti Teknologi MARA.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Gaji RM1,650 - RM6,620

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Gaji RM1,650 - RM6,620

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Tabung Haji Plantations Berhad Tahun 2025: Berikut Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Tabung Haji Plantations Berhad Tahun 2025: Berikut Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Tabung Haji Plantations Berhad (TH Plantations Berhad) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Apa Beza Rumah PPR Dimiliki, PPR Disewa dan PPR Siap Dibina? Juga Cara Memohonnya

Apa Beza Rumah PPR Dimiliki, PPR Disewa dan PPR Siap Dibina? Juga Cara Memohonnya

Rumah merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia, selain makanan dan pakaian. Ia bukan sekadar tempat berlindung daripada hujan,…