Perkhidmatan Awam

Pengambilan Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Dibuka: Gaji Sehingga RM6,620

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam

PENOLONG PEGAWAI SYARIAH GRED LS5

  • Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan Dan Kehakiman
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Jadual Gaji : RM1,650 – RM6,620

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS5: RM1,650.00); atau
    • Diploma dalam bidang Pengajian Islam (Syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS5: RM1,893.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

  • Mengendalikan hal ehwal pentadbiran, penyewaan, akaun, akaun simpanan, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan yang sedang di bawah jagaan jabatan sebelum penyelesaian kes-kes yang berkaitan dan lain-lain;
  • Merangka pelan tindakan ke arah penyeragaman pentadbiran organisasi Mahkamah Syariah serta menyelaras dan memastikan keseragaman pengurusan kes, pendaftaran, pembayaran yuran, perbicaraan, tangguhan, keputusan dan penghakiman;
  • Menyemak, mengenal pasti dan menyelaras prosedur rayuan yang terpakai di mahkamah negeri-negeri;
  • Menjalankan penyelidikan berdasarkan undang-undang bertulis, hukum syarak dan soal fakta berkaitan dengan isu undang-undang yang berbangkit dalam sesuatu prosiding;
  • Menyediakan rujukan yang lengkap untuk hakim dalam alasan penghakiman;
  • Perancang menyelaras program latihan serta bertanggungjawab merangka kurikulum latihan;
  • Menyelaras pendaftaran serta menyelenggara urusan perjalanan keskes mal dan jenayah Mahkamah Rendah dan permohonan kes-kes rayuan Mahkamah Rendah Syariah;
  • Membuat draf perintah yang telah diputuskan oleh mahkamah bagi kes-kes yang tidak memakai peguam;
  • Menyediakan dan bertanggungjawab ke atas segala borang panggilan dan perintah mahkamah;
  • Menerima aduan, membuka serta mengendalikan fail-fail kes dari segi tarikh bicara/sebutan, mahkamah yang terlibat dan lain-lain;
  • Memproses notis tindakan, saman, permohonan untuk tujuan pemfailan di mahkamah;
  • Menyediakan penyataan tuntutan, pembelaan, afidavit, afidavit jawapan dan dokumen lain yang berkaitan;
  • Membuat penyelidikan dan rujukan berhubung dengan masalah Perundangan Syariah;
  • Menghadiri dan mengendalikan kes-kes di Mahkamah Rendah Syariah;
  • Bertanggungjawab mengkaji laporan berhubung aduan-aduan pelanggaran peruntukan akta atau enakmen berhubung kesalahan jenayah syariah;
  • Membantu mengendalikan tindakan yang berkaitan dengan pendakwaan sama ada di dalam kamar pendaftar, kamar hakim atau di dewan mahkamah;
  • Menyediakan laporan lengkap dan kertas pertuduhan untuk tindakan pendakwaan;
  • Mengkaji keputusan kes-kes yang dirayu.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA TARIKH 07 OKTOBER 2025 (SELASA). 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1998 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Julai 1996 yang bersetuju dengan cadangan penyusunan semula Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Objektif jabatan ini adalah:

  • Mengendalikan kes- kes Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia;
  • Menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Mahkamah Syariah negeri-negeri;
  • Menyelaraskan prosedur kehakiman untuk diterima pakai di negeri-negeri;
  • Mengawal dan menilai program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah negeri-negeri yang menerima pakai skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah Persekutuan;
  • Membina dan menyelaraskan kaedah-kaedah dan Arahan Amalan serta peraturan kepada semua pegawai syariah di JKSM, negeri-negeri dan lain-lain agensi berkaitan;
  • Membangun, menyelaras dan mentadbir penggunaan sistem maklumat elektronik di JKSM, negeri-negeri dan agensi berkaitan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Gaji RM1,650 - RM6,620

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Gaji RM1,650 - RM6,620

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Tabung Haji Plantations Berhad Tahun 2025: Berikut Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Tabung Haji Plantations Berhad Tahun 2025: Berikut Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Tabung Haji Plantations Berhad (TH Plantations Berhad) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Apa Beza Rumah PPR Dimiliki, PPR Disewa dan PPR Siap Dibina? Juga Cara Memohonnya

Apa Beza Rumah PPR Dimiliki, PPR Disewa dan PPR Siap Dibina? Juga Cara Memohonnya

Rumah merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia, selain makanan dan pakaian. Ia bukan sekadar tempat berlindung daripada hujan,…