Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
- JAWATAN KOSONG AR-RAHN (PENILAI EMAS)
- Jawatan : Penilai Emas
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Penempatan :
- Sri Gombak, Selangor
- Bukit Mertajam , Pulau Pinang
- JAWATAN KOSONG AR-RAHN (PENYELIA)
- Jawatan : Penyelia Cawangan
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Penempatan : Kepala Batas, Pulau Pinang
- JAWATAN KOSONG AR-RAHN (KHAZANAH)
- Jawatan : Khazanah / Teller
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Penempatan :
- Sungai Buloh, Selangor
- Senawang, Negeri Sembilan
- Kepala Batas, Pulau Pinang
Syarat-Syarat Kelayakan
JAWATAN KOSONG AR-RAHN (PENILAI EMAS)
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia;
- Memiliki sekurang – kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) atau Diploma yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang Ar-Rahn;
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkaitan emas adalah diutamakan;
- Mempunyai kemahiran dan cekap dalam menggunakan peralatan dan perkakasan untuk menilai emas;
- Berintegriti, amanah, bertanggungjawab dan tiada unsur kepentingan peribadi dalam melakukan tugasan serta boleh bekerja secara berpasukan;
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
- Berpenampilan menarik dan kemas; dan
- Boleh ditempatkan di mana-mana cawangan jika berjaya di dalam temuduga.
JAWATAN KOSONG AR-RAHN (PENYELIA)
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia;
- Memiliki Diploma daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Office;
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang Ar-Rahnu;
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkaitan emas adalah diutamakan;
- Berintegriti, amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan tugas serta boleh bekerja secara berpasukan;
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
- Berpenampilan menarik dan kemas; dan
- Boleh ditempatkan di mana-mana cawangan jika berjaya di dalam temuduga.
JAWATAN KOSONG AR-RAHN (KHAZANAH)
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia;
- Memiliki sekurang – kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia/Vokasional (SPM/SPMV) atau Diploma yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang Ar-Rahn;
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkaitan emas adalah diutamakan;
- Berintegriti, amanah, bertanggungjawab dan tiada unsur kepentingan peribadi dalam melakukan tugasan serta boleh bekerja secara berpasukan;
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas – tugas lain yang diarahkan;
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
- Berpenampilan menarik dan kemas; dan
- Boleh ditempatkan di mana-mana cawangan jika berjaya di dalam temuduga.
Bidang Tugas
JAWATAN KOSONG AR-RAHN (PENILAI EMAS)
- Bertanggungjawab dalam menguji, mengesah, menyemak dan memastikan mutu marhun dengan menggunakkan kaedah yang telah ditetapkan;
- Mencetak dan menyemak Surat Akuan Gadaian serta memastikan maklumat gadaian adalah tepat dan betul;
- Menyusun, mengatur dan memastikan bilangan paket marhun sebelum menyerahkan marhun kepada Khazanah mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan;
- Memastikan imej Syarikat dan tatacara kerja Ar-Rahn dilaksanakan dengan baik; dan
- Melaksanakan tugas – tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
JAWATAN KOSONG AR-RAHN (PENYELIA)
- Bertanggungjawab dalam memantau keseluruhan operasi cawangan Ar-Rahn;
- Menyediakan laporan terperinci ke atas kedudukan kewangan, untung rugi, pentadbiran, laporan prestasi dll yang berkaitan;
- Menganalisis dan memastikan tahap prestasi cawangan yang ditetapkan tercapai;
- Memastikan cawangan mematuhi setiap peraturan dan polisi Syarikat;
- Memastikan imej Syarikat dan tatacara kerja Ar-Rahn dilaksanakan dengan baik; dan
- Melaksanakan tugas – tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
JAWATAN KOSONG AR-RAHN (KHAZANAH)
- Bertanggungjawab dalam mengawal, mengurus, menyemak, mengesahkan dan memastikan marhun serta wang operasi Ar Rahn dijaga dengan jujur, cekap, amanah dan dijaga dengan sempurna;
- Melaksanakan tugas dan pengendalian urusniaga gadaian, penebusan, lelongan secara tender dan tuntutan baki lelong;
- Membantu dalam mengurus fungsi dan perkhidmatan operasi Ar Rahn;
- Memastikan imej Syarikat dan tatacara kerja Ar-Rahn dilaksanakan dengan baik; dan
- Melaksanakan tugas – tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pekerjaan secara lengkap dan dihantar ke e-mel:
[email protected] atau alamat:
Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
Aras 8, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
54000 Kuala Lumpur
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan serta disenarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 03 NOVEMBER 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.





