guru kafa

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong

GURU KAFA (KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN)

  • Taraf Jawatan: Kontrak Tidak Berskim
  • Elaun: RM1,100 (36 jam sebulan)
  • Kekosongan: 200

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 40 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu;
  • Memiliki SPM dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Pendidikan Islam ATAU Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Al-Quran dan Al- Sunnah; dan
  • Memiliki SPM dengan lulus subjek Bahasa Arab.

Bidang Tugas

  • Mengajar semua mata pelajaran mengikut waktu yang ditetapkan;
  • Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan;
  • Menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam Buku Rekod Mengajar (BRM);
  • Merekod kehadiran murid KAFA dalam Jadual Kehadiran Murid (JKM);
  • Menyediakan dan memberi latihan yang mencukupi serta memeriksa buku latihan murid KAFA;
  • Menjalankan pentaksiran dan merekod keputusan;
  • Mengenal pasti kelemahan murid KAFA dan menjalankan kelas bimbingan;
  • Memastikan keselamatan dan mengawasi kebersihan diri murid KAFA sepanjang sesi KAFA;
  • Menghadiri mesyuarat atau taklimat atau kursus atau bengkel atau apa-apa program yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar oleh mana-mana pihak berautoriti;
  • Mengikuti perkembangan dan pembaharuan semasa berkaitan teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meningkatkan kompetensi; dan
  • Melaporkan kepada Guru Penyelaras tentang masalah pengajaran dan pembelajaran murid KAFA untuk tindakan susulan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengiisi BORANG PERMOHONAN JAKIM CAWANGAN SABAH secara lengkap dan tepat. Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

JAKIM Cawangan Sabah, Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS, Peti Surat 14725,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
(U.P: Unit Pengurusan KAFA)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan serta disenarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 15 NOVEMBER 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Objektif utama Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah adalah untuk menghasilkan:

  • Melahirkan generasi Rabbani yang berpendidikan tinggi dan menguasai ilmu naqli serta aqli;
  • Melengkapkan mahasiswa dengan pelbagai dimensi kemahiran insaniah dan keusahawanan bagi menyediakan keperluan guna tenaga ummah;
  • Melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk menjadi umara dan pendakwah profesional serta tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman ahli Sunnah wal-jamaah khususnya di Sabah.

 

Visinya institut ini adalah sebagai peneraju pendidikan tinggi Islam yang unggul di Sabah bagi menjana kecemerlangan generasi rabbani untuk kesejahteraan ummah sejagat.

Misinya – menyediakan program pendidikan tinggi Islam yang bersepadu merangkumi ilmu naqli dan aqli serta kemahiran dan keusahawanan untuk melahirkan graduan berimpak tinggi.

Manakala, JAKIM pula adalah sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. Ia berperanan sebagai sebuah badan penyelaras pembangunan agama dan kemajuan ummah di Malaysia.

Ia juga berperanan menjalankan penyelarasan hal ehwal agama dalam lingkungan sempadan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan dan berwaspada supaya tidak melanggar garis tanggungjawab yang menjadi hak pentadbiran pada peringkat negeri.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…