PUSPAKOM buka kekosongan di beberapa buah negeri: Lebih 15 jawatan sedia dimohon

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer atau PUSPAKOM adalah sebuah syarikat pemeriksaan kenderaan yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan merupakan milik penuh DRB-HICOM Berhad. Ia juga menjadi syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan wajib pada kenderaan komersial dan swasta.

Sesuai dengan kedudukannya yang penting dalam industri pengangkutan negara – PUSPAKOM kini telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan di beberapa buah cawangannya.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Kerani Insurans (Shah Alam)
  2. Kerani Insurans (Glenmarie)
  3. Kerani Insurans (Kota Marudu)
  4. Kerani Insurans (Batu Pahat)
  5. Kerani Insurans (Senai)
  6. Kerani Insurans (Temerloh)
  7. Kerani Insurans (Manjung)
  8. Warden Trafik (Petaling Jaya)
  9. Kerani Insurans (Ipoh)
  10. Kerani (Johor Bahru)
  11. Kerani Insurans (Kuantan)
  12. Kerani Insurans (Batu Maung)
  13. Kerani Insurans (Pekan)
  14. Kerani Insurans (Wangsa Maju)
  15. Kerani Insurans (Pandan Mewah)
  16. Juruteknik Penyelenggaraan (Padang Jawa)
  17. Juruteknik Penyelenggaraan (Mak Mandin)

 

Syarat kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat SPM hingga Diploma bergantung kepada ketetapan jawatan. Taraf jawatan pula adalah kontrak.

Cara permohonan:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di portal: MYFutureJobs. Permohonan jawatan seterusnya boleh dibuat dengan mendaftar terlebih dahulu di portal berkenaan dan klik ‘mohon’ pada jawatan yang hendak dimohon.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac, 24 Mac dan 25 Mac 2021 mengikut jawatan yang ditawarkan.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…