Gardenia Bakeries buka pelbagai kekosongan: Kepada yang berminat, ini cara memohon

Di Malaysia ini, siapa yang tidak kenal dengan jenama roti tersohor Gardenia yang sememangnya telah menjadi pilihan utama setiap isi masyarakatnya. Roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd pertama kalinya keluar dari kilang pada tahun 1986 dan bermula dari situ ia semakin dikenali ramai.

Tidak mengambil masa lama, hanya sekitar empat tahun selepas itu – Gardenia telah berjaya menerajui pasaran roti negara dan memenangi beberapa anugerah berprestij.

Kini, bagi merancakkan lagi operasi dan terus berkembang maju, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah membuka beberapa kekosongan jawatan yang sedia diisi oleh mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah senarai jawatan yang dibuka:

  1. Eksekutif – Gudang
  2. Pengurus – Sumber Manusia
  3. Eksekutif Pengeluaran
  4. Pembantu Akaun

 

Bagi syarat jawatan, kelayakan adalah dari peringkat Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada ketetapan jawatan. Taraf jawatan pula adalah berstatus sepenuh masa (full time).

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, syarat jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di PAUTAN INI dan klik pada jawatan yang disenaraikan. Untuk permohonan pula, calon boleh klik ‘Apply Now‘ pada jawatan yang ingin dimohon.

Tapi sebelum itu, calon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di laman berkenaan dan mengiisi maklumat yang diminta. Purata tempoh proses permohonan adalah selama 18 hari bergantung kepada jenis jawatan dan syarikat.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…