Majikan jangan guna bahasa untuk ‘cover’ diskriminasi kaum – Persekutuan Majikan Malaysia (MEF)

Majikan diingatkan supaya tidak menggunakan kriteria bahasa sebagai melindungi diskriminasi kaum, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan berkata, pemantauan wajar dilaksanakan dengan cara pihak berkuasa perlu meminta syarikat menjelaskan alasan pilihan bahasa tersebut bagi memastikan adanya keperluan yang sah untuk kriteria berkenaan.

Tapi dalam masa sama, beliau juga menasihati masyarakat supaya tidak menuduh secara melulu terhadap syarikat yang mengenakan syarat sesuatu bahasa sebagai bersikap rasis.

“Keperluan bahasa itu memenuhi tujuan tertentu, seperti mengapa syarikat menginginkan kemampuan berbahasa tertentu untuk mereka berurusan dengan pelanggan atau calon pelanggan.” – Shamsuddin Bardan, petikan dari Free Malaysia Today.

Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dinafikan boleh diguna sebagai cara mengecualikan kaum tertentu dari sesuatu jawatan dan kerana itulah pihaknya menyarankan supaya perlunya ada pengawasan bagi memastikan syarat itu benar-benar perlu.

“Seseorang perlu memantau dan bertanya mengapa bahasa tertentu diperlukan ketika mengiklankan jawatan kosong. Sekiranya syarikat mengatakan bahawa ia hanya mahukan orang Melayu, contohnya, syarikat itu harus menjelaskannya.” – Shamsuddin Bardan, petikan dari Free Malaysia Today.

Sebelum ini, terdapat pihak yang pernah mencadangkan supaya diwujudkan sebuah akta dskriminasi bagi menangani masalah itu di sektor pekerjaan.

Diskriminasi tersebut tidak terhad terhadap bahasa sahaja, tetapi juga merangkumi diskriminasi pakaian, jantina, agama, bangsa, warna kulit, keturunan, umur, status Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagainya.

Ini kerana, masalah diskriminasi di tempat kerja hanya akan menghasilkan impak negatif bukan sahaja terhadap diri pekerja, namun turut akan menjejaskan reputasi dan produktiviti jabatan, organisasi atau syarikat yang terlibat dengan masalah berkenaan.

Sumber: Free Malaysia Today & Astro Awani.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…