Ditubuhkan pada tahun ini, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) adalah sebuah Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016. Penubuhan yayasan ini adalah bagi memberikan bantuan kepada kumpulan sasar merangkumi tiga aspek utama iaitu pendidikan, kepimpinan dan keusahawanan.
Bagi melancarkan perjalanan yayasan ini, PRIHATIN telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah antara jawatan yang ditawarkan:
- Pegawai Perhubungan Awam
- Eksekutif Akaun
- Setiausaha Pejabat
Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan akademik adalah sekurangnya Diploma dalam bidang berkaitan. Taraf jawatan pula adalah sepenuh masa.
Cara memohon:
Bagi mereka yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di PAUTAN INI, dan permohonan boleh dibuat dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan yang hendak dimohon. Bagaimanapun, pemohon terlebih dahulu dikehendaki mendaftar di portal berkenaan dan mengisi maklumat yang diminta.
Tempat bekerja terletak di Shah Alam, Selangor.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021