PERDA tawar pengambilan kakitangan baru. Pelbagai jawatan dibuka dan sedia dimohon

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang. Ia tertubuh melalui sebuah cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri.

Bermula pada 15 Ogos 1990, PERDA telah diletakkan di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), sebelum dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Antara fungsi utama lembaga ini adalah bagi memaju, menggalak, membantu dan mengusaha pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang. Selaras dengan fungsi itu, beberapa kekosongan jawatan telah dibuka bagi diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang dibuka:

  1. Pegawai Tadbir/Pensyarah (Mandarin)
  2. Pegawai Tadbir/Pensyarah (Fizik)
  3. Penolong Pegawai Tadbir
  4. Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Elektrik)
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi)
  6. Pemandu Kenderaan Bas

 

Bagi jawatan yang ditawarkan, kelayakan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan jawatan. Taraf jawatan pula adalah kontrak.

Syarat umum jawatan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
  • Lulus Penilaian Menengah Rendah/Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat dan berkelayakan, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI dan permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman: https://erecruit.perda.gov.my/pages/index.html

Untuk permohonan yang berjaya dalam pemilihan jawatan ini, keputusan itu akan diberitahu melalui surat/emel/sms ke nombor yang diberikan. Manakala, bagi yang tidak menerima sebarang jawatan selepas enam bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 APRIL 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…