Peluang pekerjaan di Unisem Group: Temu duga terbuka dari Isnin hingga Jumaat

Unisem Group adalah sebuah syarikat perkhidmatan pemasangan dan ujian semikonduktor global yang menjadi antara paling berjaya di peringkat dunia. Dengan sekitar 7,000 pekerja di seluruh dunia, Unisem telah menubuhkan cawangan kilang-kilangnya di beberapa negara seperti China dan Indonesia.

Selaras dengan perkembangan yang semakin pesat dan membangun itu, Unisem kini telah membuka kekosongan jawatan sebagai OPERATOR di kilangnya yang terletak di Ipoh, Perak.

Syarat kelayakan jawatan adalah:

  • Terbuka kepada calon wanita sahaja.
  • Sekurangnya tamat pendidikan di peringkat Tingkatan Dua dan ke atas.
  • Pemegang Sijil, Diploma atau Ijazah juga boleh memohon.
  • Boleh bekerja secara syif bergilir 12 jam (Syif siang: 7am – 7pm dan Syif malam: 7pm – 7am).
  • Lulus dalam ujian pengambilan.
  • Lulus dalam ujian latihan.
  • Boleh bekerja di Simpang Pulai, Perak.

 

Jawatan ini juga datang dengan pelbagai manfaat, antaranya:

  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Pengangkutan dari lokasi tertentu disediakan
  • Asrama disediakan (kepada yang tinggal di luar lingkungan pengangkutan yang disediakan)
  • Faedah perubatan
  • Insentif kedatangan
  • Cuti tahunan
  • Kenaikan gaji tahunan
  • Bonus prestasi
  • Insurans kemalangan
  • Kafeteria berhawa dingin dan subsidy nasi

 

Maklumat temu duga:

Bagi calon yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan menghadiri temu duga terbuka seperti yang dimaklumkan di bawah:

  • Tempat: Unisem (M) Berhad, 1, Persiaran Pulai Jaya 9, Kawasan Perindustrian Pulai Jaya, 31300 Ipoh, Perak.
  • Hari: Isnin – Jumaat (kecuali cuti umum)
  • Masa: 9:30 pagi – 3:30 petang

 

Calon juga diminta untuk membawa dokumen sokongan dan peralatan, seperti:

  • Sijil-sijil sekolah, terutama Sijil Berhenti Sekolah Menengah/SPM/PT3/PMR
  • Kad Pengenalan
  • Pen

 

Bagi maklumat lanjut atau ada sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi talian: 05-3572800 sambungan 174 atau 181. Untuk kemudahan pengangkutan pula, calon boleh menghubungi: 019-5464683 / 012-5726855 (Kuala Kangsar / Sungai Siput) atau 014-9442596 / 017-5426929 (kawasan lain).

Iklan jawatan dengan lebih terperinci turut boleh didapati di PAUTAN INI.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…