Perbadanan Kemajuan Kraftangan buka pelbagai kekosongan: Kelayakan dari PMR hingga Ijazah

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Antara tujuan utama penubuhannya adalah bagi memajukan, menggiatkan dan memulihkan kemahiran serta ketukangan tradisional.

Ia turut berperanan dalam usaha menggalakkan perkembangan serta memelihara piawaian perusahaan kraftangan dengan pelbagai cara, termasuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan, penasihat dan perancang.

Selaras dengan usaha dan misinya itu, Kraftangan Malaysia kini telah membuka kekosongan pelbagai jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah antara jawatan yang dibuka:

  1. Pegawai Ehwal Ekonomi (Gred E41)
  2. Pereka (Gred B41)
  3. Pereka (Gred 29)
  4. Pegawai Ehwal Ekonomi (Gred E41)
  5. Penolong Akauntan (Gred W29)
  6. Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29)
  7. Pembantu Pegawai Latihan (Gred E19)
  8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N19)
  9. Pereka (Gred B19)
  10. Pembantu Kemahiran (Gred H19)
  11. Penjaga Jentera Elektrik (Gred J19)
  12. Pembantu Awam (Gred H11)

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, kelayakan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan syarat jawatan. Taraf jawatan pula adalah tetap.

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di portal MYFutureJobs. Permohonan pula boleh dibuat di portal sama, dengan klik ‘Apply’ pada jawatan yang hendak dimohon.

Bagaimanapun, kepada pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup permohonan hendak menganggap permohonnya sebagai tidak berjaya. Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian: 03-21627459 (sambungan 109).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 APRIL 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…