Asalkan kerja siap: Badan kewangan antarabangsa ni benarkan pekerjanya bekerja ‘di mana saja’

Tidak dapat dinafikan pandemik yang mengejutkan dunia pada tahun lalu telah mengubah pelbagai aspek kehidupan masyarakat dari segi sosial hinggalah budaya kerja yang selama ini dilihat normal serta tidak berubah.

Hal itu jugalah yang terjadi kepada sebuah badan kewangan antarabangsa terkemuka, Nationwide yang telah membenarkan hampir 13,000 pekerjanya bekerja di mana-mana sahaja.

Melalui skim fleksibel baharu berkenaan, Nationwide telah menutup tiga buah pejabatnya di Swindon dan memperlihatkan 3,000 pekerjanya sama ada berpindah ke ibu pejabat berhampiran, bekerja dari rumah atau melakukan kedua-duanya.

Berdasarkan tinjauan Nationwide, seramai 57 peratus pekerjanya memilih untuk bekerja dari rumah sepenuh masa selepas perintah berkurung tamat, manakala lebih 36 peratus lagi memilih bekerja di rumah dan pejabat secara berselang seli.

Mengulas perkembangan tersebut, Ketua Eksekutifnya, Joe Garner berkata – tahun lalu telah mengajar mereka banyak perkara, khususnya tentang bagaimana mereka harus bekerja itu lebih penting – berbanding dari mana pekerjaan itu dilakukan.

Dalam masa sama, beliau juga tidak menolak dapatan yang mengatakan pekerja membuat keputusan yang lebih baik ketika bekerja di rumah, berbanding di pejabat.

“Sepertiga pekerja kami mengatakan bahawa mereka mempunyai pertimbangan yang lebih besar mengenai kesan manusia terhadap keputusan mereka.” – Joe Garner, petikan dari BBC.

Walaupun begitu, beliau tetap menegaskan bahawa pejabat masih akan memainkan peranan penting, tetapi kakitangannya tidak akan diberitahu tentang berapa kerap mereka harus masuk ke pejabat.

Apa yang pasti, langkah ke arah kerja yang fleksibel ini akan melibatkan perubahan konfigurasi pejabat, seperti ruang mesyuarat yang lebih sedikit.

Sumber: BBC.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…