KOSAS Berhad buka pengambilan kakitangan baru: Pelbagai jawatan ditawarkan & ini cara memohon

Ditubuhkan pada Disember 1975, Koperasi Serbaguna Anak-anak Selangor (KOSAS Berhad) adalah sebuah badan yang bertujuan membangunkan ekonomi para anggotanya. Kini, KOSAS Berhad telah berkembang luas dengan memiliki lebih 3,000 orang keahlian dan terus mengorak langkah dalam pelbagai aktiviti perniagaan.

Sektor itu merangkumi pertanian, hartanah, pelaburan dan sebagainya. Selaras dengan kemajuan itu, kini KOSAS Berhad telah membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melicinkan lagi operasinya.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang dibuka:

  1. Kerani
  2. Juruteknik
  3. Penyambut Tetamu
  4. Juruukur Bahan – Junior QS
  5. Barista dan krew restoran (3 kekosongan)
  6. Pengurus Restoran

 

Berkenaan tentang syarat kelayakan jawatan-jawatan yang ditawarkan, kelayakan akademik adalah terbuka kepada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan jawatan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara terperinci boleh didapati di PAUTAN INI. Manakala, bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat di portal MYFutureJobs dan klik ‘Mohon’ pada jawatan yang hendak dimohon.

Pastikan juga pemohon mendaftar dulu di portal berkenaan dan memberikan maklumat peribadi, pendidikan, pengalaman bekerja dan sebagainya sebelum memohon jawatan. Hanya calon yang layak dan menetapi syarat sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada:

  • 28 APRIL 2021
  • 15 MEI 2021 (untuk jawatan barista dan krew restoran, Pengurus Restoran)

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…