Pengambilan kakitangan baru di MAIWP: Pelbagai jawatan & kelayakan dibuka, ini cara memohon

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974, iaitu pada tarikh sama tertubuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dengan adanya MAIWP, hal ehwal berkaitan agama Islam di Wilayah Persekutuan telah bertukar pengurusan dari sebelumnya di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Antara objektif utama MAIWP adalah bagi memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam. Selain itu, badan ini juga berperanan dalam melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.

Selaras dengan usaha itu, MAIWP telah membuka bebera kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan:

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Akauntan
  2. Pegawai Khidmat Pendidikan (Guru Sayriah Islamiah)
  3. Penolong Juruaudit
  4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  5. Pembantu Tadbir (Kewangan)
  6. Pembantu Operasi

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut keketapan khusus jawatan. Taraf jawatan pula terbahagi kepada status Tetap dan Kontrak.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan penuh jawatan boleh didapati DI SINI dan permohonan pula hendaklah dilakukan secara atas talian di laman: eJawatan MAIWP.

Bagaimanapun, pemohon dikehendaki mendaftar dahulu di laman berkenaan dan mengisi maklumat lengkap diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh membuat permohonan.Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan dinilai oleh pihak pengurusan.

Selain itu, hanya calon yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga, manakala bagi yang tidak menerima sebarang maklum balas dari tempoh enam bulan selepas tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 APRIL 2021 (Sabtu), 11:59 malam. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…