Universiti Malaya buka pelbagai kekosongan bukan akademik: Ini senarai jawatan & cara memohon

Universiti Malaya (UM) adalah universiti pertama yang ditubuhkan di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada 8 Oktober 1949, menggabungkan King Edward VII College of Medicine (ditubuhkan pada 1905) dan Raffles College (ditubuhkan pada 1928).

UM secara rasminya diiktiraf sebagai universiti awam untuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Januari 1962, dengan matlamat untuk menyediakan pendidikan tinggi kepada penduduk negara ini bagi  melahirkan pemimpin dan intelektual dalam pelbagai bidang

Bagi melancarkan lagi operasinya, UM kini telah membuka pelbagai kekosongan jawatan bukan akademik untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

  1. Jururawat
  2. Jututeknik Komputer
  3. Jurutera
  4. Pegawai Belia dan Sukan
  5. Pegawai Teknologi Maklumat
  6. Pemandu Kenderaan
  7. Pembantu Makmal
  8. Pembantu Pembedahan Pergigian
  9. Pembantu Perawatan Kesihatan
  10. Pembantu Setiausaha Pejabat
  11. Pembantu Tadbir (Kewangan)
  12. Pembantu Tadbir (P/O)
  13. Pengawal Keselamatan
  14. Penolong Jurutera
  15. Penolong Pegawai Sains
  16. Pereka
  17. Pustakawan

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, kelayakan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada ketetapan khusus jawatan. Ia juga terdiri daripada pelbagai gred penjawatan.

Calon juga dikehendaki memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat PMR atau SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat tawaran jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI, dengan klik pada ‘Info‘ jawatan. Untuk yang ingin memohon pula, permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman: UM E-recruitment dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan sebelum permohonan boleh dikemukakan.

Hanya pemohon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temu duga.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…