Peluang kerjaya di Yayasan Felda kini dibuka: Pelbagai jawatan ditawarkan & ini cara memohon

Yayasan Felda adalah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) pada 26 September 1998. Matlamat utama yayasan ini adalah bagi melaksanakan dan menggalakkan kerja-kerja amal, kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara.

Selaras dengan usahanya itu, kini Yayasan Felda telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang sedia untuk dimohon:

  1. Pegawai Penilai Kursus Pembantu Dialisis
  2. Pegawai Penilai Kursus Seni Solekan
  3. Pegawai Penilai Kursus Video/Produksi Filem
  4. Pegawai Penilai Kursus Pastri

 

Syarat kelayakan bagi semua jawatan adalah sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang berkaitan. Taraf jawatan pula adalah kontrak dan penempatan jawatan di pelbagai lokasi.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan penuh kekosongan jawatan boleh di dapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama.

Pemohon bagaimanapun dikehendaki mendaftar dahulu di portal berkenaan dan mengisi maklumat diri sebelum permohonan boleh dibuat. Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada:

  • 28 April 2021 (Pegawai Penilai Kursus Pastri)
  • 06 Mei 2021 (jawatan-jawatan lain)

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…