Peluang kerjaya di Majlis Getah Malaysia: Pelbagai jawatan ditawarkan & gaji sehingga RM5,600

Ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965, Majlis Getah Malaysia (MRC) adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Ia ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta bertanggungjawab bagi mempromosikan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran antarabangsa.

Malah ketika ini, MRC telah mempunyai pejabat di luar negara seperti di Amerika Syarikat (USA), Eropah, China dan India. Selaras dengan usahanya itu, kini MRC telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pemasaran & Pembangunan Eksekutif Kanan
    • Gaji: RM4,000 – RM5,600
  2. Eksekutif Sumber Manusia
    • Gaji: RM3,000 – RM4,200
  3. Pembantu Tadbir (Bukan Eksekutif)
    • Gaji: RM1,800 – RM2,520

 

Kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut peruntukan khusus jawatan. Taraf jawatan pula adalah sepenuh masa.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati di PAUTAN INI. Permohonan pula hendaklah dibuat secara atas talian di LAMAN INI dan klik ‘Apply Now’ pada jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di laman berkenaan, mengisi maklumat yang diperlukan sebelum memohon jawatan yang diingini. Tempoh purata pemprosesan permohonan adalah 22 hari.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…