Kesan COVID-19 kepda pekerja dan majikan di Malaysia

PANDEMIK COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuklah Malaysia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menjangkakan krisis COVID-19 akan meningkatkan kadar pengangguran terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

Sektor informal di negara-negara sedang membangun merupakan yang paling berisiko.
Menurut ILO, dalam 3.3 billion tenaga kerja di peringkat global, empat daripada lima orang pekerja terjejas akibat penutupan premis sama ada separa atau sepenuhnya.

Pada 9 April 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan hasil dapatan Survei Khas “Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi dan Individu” – pusingan pertama yang telah dijalankan pada 23-31 Mac 2020.

Daripada 168,182 responden yang terlibat, 52.6% melaporkan sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang setakat ini telah meragut lebih 60 nyawa.
Pekerja dalam sektor perkhidmatan, khususnya perkhidmatan makanan dan minuman merekodkan kadar peratusan tertinggi bagi kehilangan pekerjaan (35.4%), diikuti sektor pertanian (21.9%) dan sektor pembinaan (11.8%).

“Organisasi perlu bangkit semula dengan kadar segera selepas pandemik ini berakhir”
– Penulis

Pada bulan Februari 2020, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) telah menganggarkan seramai 100,000 pekerja bakal diberhentikan, sekiranya penularan virus COVID-19 berlarutan sehingga penghujung tahun 2020.

Walau bagaimanapun, andaian tersebut disanggah oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana ia bersifat spekulatif dan tidak mengambilkira pelbagai insiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi melindungi kepentingan pekerja.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, kedua-dua pihak saling agresif mengeluarkan pelbagai kenyataan balas berkaitan isu pekerja yang memfokuskan kepada kepentingan majikan dan kebajikan pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…