Program Perantis Remaja McDonald’s dibuka di pelbagai lokasi: Lepasan SPM digalakkan memohon

Seperti mana yang kita tahu McDonald’s adalah salah sebuah rangkaian restoran paling terkenal di dunia dengan anggaran sekitar 69 juta pelanggan setiap hari di lebih 100 buah negara.

Di Malaysia sahaja, McDonald’s telah memiliki 300 buah restoran di seluruh negara dan menghidangkan makanan kepada sekitar 13.5 juta pelanggan sebulan. Dalam masa sama, kini McDonald’s juga telah mempunyai sekitar 14,000 orang pekerja di negara ini dan terus berkembang di masa akan datang.

Selaras dengan usaha itu, McDonald’s telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Program Perantis Remaja di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Syarat kelayakan program ini adalah:

  • Warganegara Malaysia atau permastautin tetap.
  • Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digalakkan memohon.
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan asas Bahasa Inggeris.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh menulis, membaca dan mengira.

 

Tanggungjawab dan skop kerja adalah:

  • Mempelajari kemahiran dan pengalaman baru dalam memberikan perkhidmatan.
  • Menghasilkan produk berkualiti dan layanan yang pantas serta mesra.
  • Memastikan keadaan restoran bersih dan kemas.
  • Berpesonaliti menarik, bertenaga dan berkelakuan positif.

 

Program ini juga datang dengan beberapa manfaat seperti:

  • Elaun Sara Hidup RM5.50 sejam.
  • Pakaian seragam disediakan
  • Makanan percuma
  • Perlindungan insurans
  • Faedah perubatan RM25 sebulan

 

Cara memohon:

Kepada yang berminat, maklumat lanjut iklan program secara terperinci boleh didapati DI SINI. Permohonan juga boleh dibuat di laman berkenaan dengan mandaftar terlebih dahulu, mengisi maklumat yang diminta dan klik ‘Apply Now’ pada program dan lokasi yang hendak dimohon.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

Dalam kesibukan menjalani kehidupan moden, keperluan harian sering kali dianggap sesuatu yang biasa dan kurang diberi perhatian. Namun, tanpa kita…
RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…