Isu kesihatan mental libatkan pekerja telan RM14.4 bilion setahun

Seorang aktivis kesihatan mental menganggarkan isu kesihatan mental dalam kalangan pekerja di Malaysia mungkin menelan kos RM14.4 bilion atau 1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018, sekali gus berkata, syarikat perlu menyediakan langkah berkesan bagi menanganinya.

Pengasas Relate Mental Health Malaysia (Relate) Dr Chua Sook Ning berkata, gangguan mental, yang dilihat sebagai “penyakit tak nampak” semakin meningkat daripada 10.5% penduduk menghidapnya pada 2005 kepada 29% pada 2015.

Walaupun begitu, majoriti syarikat tidak tahu bagaimana untuk menangani masalah pekerja yang berdepan isu kesihatan mental.

Susulan itu katanya, banyak syarikat tidak mengambil individu terbabit bekerja walaupun mereka berpotensi atau mereka diberikan mata penilaian yang rendah.

“Pekerja ini dilihat kurang produktif atau tiada motivasi. Kerisauan dan kemurungan boleh dirawat dengan sokongan yang betul,” katanya pada satu forum bertajuk “Workplace Mental Health, The Business Costs”, di sini.

Beliau berkata, pengurus sumber manusia perlu tahu bagaimana untuk menangani isu kesihatan mental supaya syarikat tidak kehilangan pekerja yang berkebolehan, dengan menambah bahawa sokongan dan kepercayaan pihak pengurusan boleh membantu pekerja mengatasi masalah yang dihadapi.

Chua berkata, kesihatan mental boleh disebabkan oleh faktor ekonomi atau pengalaman trauma, tetapi ramai orang tidak mendapat pertolongan yang mereka perlukan.

“Malah jika mereka cuba mendapatkan pertolongan, wujud kesan balasnya. Kakitangan diminta meletak jawatan apabila mereka mendedahkan bahawa mereka mendapat rawatan psikiatri,” katanya dengan menambah bahawa hanya 5% industri kecil dan sederhana bersedia mengambil individu yang mempunyai isu kesihatan mental bekerja.

Beliau berkata, pekerja mungkin sihat pada masa mereka diambil bekerja, tetapi keadaan tempat kerja dan tekanan mungkin menimbulkan isu kesihatan mental seperti kerisauan dan kemurungan.

Chua berkata, kebanyakan pengurus sumber manusia keberatan untuk bercakap tentang kesihatan mental, namun ia boleh membantu meningkatkan produktiviti sekiranya dibincangkan secara terbuka.

SUMBER: FREE MALAYSIAN TODAY

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…