Peluang kerja di Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd: Minima SPM & tawaran gaji sehingga RM2,000

Bermula sebagai sebuah perniagaan sabun dan lilin yang diasaskan oleh William Colgate di New York pada awal abad ke-19, kini Colgate-Palmolive telah menjadi salah sebuah syarikat global terkemuka dengan lebih 34,000 pekerja di serata dunia. Kejayaannya juga boleh diukur dengan jenamanya yang wajib ada di setiap rumah-rumah pengguna produk kesihatan pergigian.

Selaras dengan usaha untuk memperkembangkan lagi operasinya di Malaysia, Colgate-Palmolive (M) Sdn Bhd telah membuka kekosongan jawatan sebagai OPERATOR PENGELUARAN untuk diisi oleh mereka yang berminat.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Memiliki sekurangnya SPM/SPVM.
  • Mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.
  • Mampu bekerja secara syif.
  • Mampu melakukan pengiraan yang mudah.

 

Bidang tugas jawatan adalah:

  • Membungkus produk.
  • Membekalkan dan mengeluarkan bahan ke dan dari barisan pengeluaran.
  • Memastikan produk memenuhi keperluan kualiti.
  • Menjaga pengemasan yang baik.
  • Memastikan kelengkapan dokumentasi yang berkaitan dengan yang ditetapkan di kawasan kerja.

 

Taraf jawatan yang dibuka adalah sepenuh masa dengan tawaran gaji antara RM1,700 hingga RM2,000 sebulan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di PAUTAN INI dan permohonan pula boleh dibuat dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan.

Tetapi sebelum itu, pemohon perlulah mendaftar dahulu di portal berkenaan dan mengisi maklumat yang diminta. Tempoh purata proses permohonan adalah 14 hari.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…