Institut Koperasi Malaysia (IKM) buka pelbagai kekosongan: Ini senarai jawatan & cara memohon

Institut Koperasi Malaysia (IKM) ditubuhkan pada tahun 1956 dengan keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund. Menjelang tahun 1968, IKM telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968.

Mulai tahun 2009 pula, IKM telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan kini IKM diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Antara fungsi utama IKM adalah menyediakan kursus dalam bidang koperasi dan percetakan serta penerbitan dalam bidang koperasi.

Selaras dengan usahanya itu, kini IKM telah membuka kekosongan pelbagai jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

  1. Juruteknik Komputer
    • Kelayakan: SPM/SKM
  2. Pembantu Tadbir
    • Kelayakan: SPM/SKM
  3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
    • Kelayakan: SPM/SKM
  4. Pegawai Latihan Gred E41
    • Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda

 

Syarat kelayakan jawatan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut syarat khusus jawatan. Taraf jawatan pula terbahagi kepada tetap dan sambilan.

Cara memohon:

Kepada calon yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik ‘Mohon’ pada jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu di laman berkenaan dan mengisi maklumat yang diminta sebelum boleh membuat permohonan.

Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:

  • 01 Mei 2021 – untuk jawatan-jawatan lain
  • 05 Mei 2021 – untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pegawai Latihan

 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…