Persatuan Nelayan Kebangsaan buka pelbagai kekosongan: Kepada berminat, mohon sekarang

Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971. Tujuan utamanya bagi menjadi sebuah badan progresif yang bertanggungjawab menjaga kesentosaan nelayan-nelayan di bawah persatuannya.

NEKMAT juga beroperasi di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Selaras dengan tujuannya itu, kini NEKMAT telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Penolong Pengurus (Pembinaan/Kejuruteraan) – N7
  2. Chargeman – N10
  3. Juruteknik (Binaan/Elektrik/Penyejukan) – N11
  4. Kerani – N11

 

Syarat kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari Sijil Kemahiran hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan. Pengalaman setahun bekerja dalam bidang berkaitan jawatan juga akan memberikan kelebihan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan penuh tawaran kekosongan boleh didapati DI SINI. Permohonan pula boleh dikemukakan dengan menghantar surat permohonan, resume dan salinan sijil-sijil ke alamat e-mel: [email protected].

Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 APRIL 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…