Pekerja operator mesin dapat pampasan RM22,000: Diberhentikan selepas hilang jari di tempat kerja

Pada November tahun lalu, seorang pekerja operator mesin telah menerima wang sebanyak RM22,000 sebagai penyelesaian pampasan pembuangan kerja.

Syarikat HL Hub Li Engineering Works telah diarahkan membayar pamapasan berkenaan oleh Mahkamah Buruh, Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada bekas pekerjanya Sarkunum Veloo.

Kisah kes ini bermula selepas Sarkunum mengalami kemalangan di tempat kerja sehingga membuatkan jari tengah tangan kanannya patah semasa membersihkan mesin.

Lukanya itu semakin memburuk kerana terkena habuk besi yang akhirnya membuatkan beliau kehilangan jari tengah dan terpaksa mengambil cuti sakit.

Namun demikian, setelah kembali ke tempat kerja – Sarkunum menuntut kepada syarikat untuk memberikannya kerja yang lebih ringan sesuai dengan keadaan fizikal tangan dan seperti mana yang disarankan oleh pihak PERKESO.

Pihak majikan bagaimanapun tidak menerima permintaannya itu dengan hati terbuka dan sengaja bersikap sambil lewa terhadapnya.

Malah, syarikat kemudianya menawarkan Sarkanun jawatan sebagai pemandu lori yang dianggap kerja ringan, dengan pengurangan gaji.

Sarkanum menolak tawaran itu kerana menganggap memandu lori bukanlah kerja ringan, dan telah berlaku proses surat – menyurat antaranya dengan majikan dalam tempoh setahun.

Akhirnya Sarkunum menganggap dirinya telah diberhentikan kerja pada Julai 2020 dan memfailkan tuntutan pemberhentian kerja di Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur.

Perbicaraan seterusnya diadakan pada 3 November 2020, dan menjelang 20 November tahun sama, Mahkamah Buruh memutuskan pihak syarikat perlu membayar pamapasan sejumlah RM22,000 kepada Sarkunum.

Sumber: SOSIALIS.net

______

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…