PERODUA buka pengambilan kakitangan baru: Minima SPM/Diploma untuk pelbagai jawatan

Ditubuhkan pada tahun 1993, Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) adalah hasil kerjasama antara syarikat Malaysia dan Daihatsu Motor Company of Japan yang kini telah muncul sebagai salah sebuah jenama kenderaan terlaris di negara ini. PERODUA juga komited dalam penyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat dan boleh dipercayai.

Bagi merancakkan lagi perjalanan operasi, kini PERODUA telah membuka pelbagai kekosongan jawatan yang sedia untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Keselamatan (Security) – Rawang
  2. Operator Pengeluaran – Rawang
  3. Pembantu Tadbir – Balakong
  4. Pembantu Tadbir (sementara) – Rawang
  5. Pembantu Alat Ganti – Johor Bahru

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan akademik adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Diploma mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan kekosongan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan jawatan pula boleh dibuat melalui laman: http://careers.perodua.com.my/auth dengan mendaftar terlebih dahulu di sistem yang disediakan.

Pemohon kemudiannya perlu mengisi maklumat peribadi, pendidikan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh memohon jawatan yang diiklankan. Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dijemput menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 APRIL 2021.

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…