RM500 dan RM250: Kerajaan umum Bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam & pesara kerajaan

Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250 kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan.

Melalui bantuan itu, semua kakitangan kerajaan termasuk Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah Program Kerja Jangka Pendek (MYSTEP) akan menerima bantuan khas sebanyak RM500. Manakala, bagi pesara kerajaan pula akan menerima bayaran sebanyak RM250.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pembayaran bantuan khas yang akan dimanfaatkan oleh lebih 2 juta penjawat awam dan pesara itu akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei bulan hadapan.

Pemberian bantuan ini juga dibuat bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi – Petikan kenyataan tersebut.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…