IKEA buka kekosongan di pelbagai lokasi: Jawatan untuk separuh masa & sepenuh masa

Bermula pada tahun 1943 sebagai sebuah perniagaan kecil di Sweden, kini IKEA telah menjadi salah sebuah jenama kelengkapan rumah tersohor di serata dunia. Pada hari ini, telah terdapat ratusan cawangan IKEA di serata dunia, termasuklah di Malaysia.

Sesuai dengan keadaannya yang semakin berkembang maju itu, kini IKANO HANDEL SDN BHD sedang membuka beberapa kekosongan jawatan di beberapa cawangannya untuk diisi oleh mereka yang berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Jurujual (IKEA Cheras) – separuh masa
  2. Pembantu Makanan (IKEA Cheras) – separuh masa
  3. Krew Perhubungan Pelanggan – Pengendali Troli (IKEA Batu Kawan) 
    • 20 jam seminggu dengan pembaharuan kontrak
  4. Pembantu Makanan (IKEA Batu Kawan) – pembaharuan kontrak
  5. Pakar Navigasi Komersial (IKEA Asia Tenggara) – sepenuh masa
  6. Pembantu Aliran Barang (IKEA Batu Kawan) – separuh masa
  7. Penganalisis Perniagaan (IKEA Asia Tenggara) – kontrak sehingga 2 tahun
  8. Pengurus Kemudahan (IKEA Malaysia) – sepenuh masa

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan akademik adalah dari dari peringkat pendidikan Rendah/Menengah sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut syarat khusus jawatan.

Cara memohon

Kepada yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di PAUTAN INI. Permohonan kemudiannya boleh dibuat dengan klik ‘Apply Now’ di laman berkenaan dan mengikuti tindakan lanjut yang dikehendaki.

Jika pemohon masih belum mendaftar di laman berkenaan, pemohon dikehendaki mendaftar dahulu dan seterusnya baru boleh memohon jawatan yang diiklankan.

Tempoh purata proses permohonan adalah 30 hari bergantung kepada jawatan.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…