Dapat gaji cuma RM10, majikan kurung 22 pekerja & potong gaji kalau ambil makanan berlauk

22 orang pekerja restoran di Taman Chi Liung, Klang menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa apabila dikurung oleh majikan dan hanya dibayar gaji RM10 sehari.

Hal itu terbongkar melalui serbuan Op Pintas Bersepadu yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 29 April lalu hasil daripada maklumat dan risikan.

Selain dibayar gaji rendah, mangsa juga akan dihukum potong gaji sekiranya mengambil makanan berlauk.

Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, para pekerja warga asing berusia lingkungan 23 hingga 44 tahun itu melibatkan 11 wanita warga Indonesia dan 11 lelaki warga India berjaya diselamatkan dalam operasi berkenaan.

“Selain itu, kami menahan tiga lelaki tempatan berusia 29 hingga 60 tahun yang juga majikan serta penjaga premis berkenaan.

“Tangkapan dibuat untuk siasatan berkaitan eksploitasi buruh paksa, gaji yang dibayar tidak seperti dijanjikan, semua pekerja dikurung di asrama dan menerima ugutan daripada majikan dan penjaga,” katanya, petikan dari Utusan Malaysia.

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati majikan berkenaan gagal membayar gaji sebanyak RM1,500 sebulan seperti yang dijanjikan dan telah memaksa pekerjanya bekerja 12 jam sehari, tanpa hari cuti.

Mangsa turut dilarang sama sekali menggunakan telefon bimbit walaupun selepas waktu kerja dan hanya boleh menggunakan peranti itu sekiranya mendapat kebenaran daripada majikan.

“Mangsa akan diugut pukul jika cuba melarikan diri selain makan yang dicatu. Jika mereka ambil makanan berlauk, gaji akan ditolak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan 1963 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966,” katanya, seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…